Adibusana ciptaan Faizul Surani serlah keanggunan Marsha di pentas AJL-39


  • Relaks
  • Isnin, 17 Feb 2025

Busana rona hitam rekaan Faizul Surani untuk RI haute Couture beri impak kepada persembahan Marsha pada malam AJL 39.

RATA-RATA penonton yang menonton persembahan Marsha Milan London semasa Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) semalam, berpuasa hati apabila penyanyi dari Sabah itu akhirnya berjaya merangkul gelaran juara dengan lagu Hening Rindu.

Walaupun gaun yang diperagakan serba hitam berpotongan klasik, rekaan Faizul Surani untuk RI Haute Couture cukup memberi impak tersendiri kepada penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil mahupun di rumah. 

Tanpa memerlukan banyak prop memenuhi pentas, persiapan Marsha di belakang pentas turut meraih perhatian ramai sebelum beliau naik ke pentas dengan menyarung gaun hitam tersebut.

BACA LAGI: Park Tae-su rendah diri, mohon maaf gagal bantu Sabah FC tamatkan penantian 22 tahun

BACA LAGI: Anak jati Sabah disebut calon pengganti ideal lepas Park Tae-su sumbat gol sendiri

480720476_18482329849048701_591070752591094606_n

Marsha membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 beserta trofi juara AJL 39.

Dengan lantunan suara merdu penuh jiwa, biasan aura Marsha memenuhi ruang dewan dan pastinya memukau mata sesiapa yang penonton.

Sehinggakan, Dzahira Talita Zahra Shahmira atau Dekta, anak kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu, menitiskan air mata sewaktu menyaksikan persembahan Marsha yang penuh beremosi.

Lagu Hening Rindu hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik Ikhwan Fatanna itu begitu menyentuh hati anak kedua kepada penyanyi arwah Allahyarhamah Siti Sarah.

“Terima kasih ya ALLAH, atas limpahan rahmat dan izin Mu. Perjalanan dan kejayaan ini tidak mungkin terjadi dengan setiap jiwa yang ALLAH hantarkan kepada saya, berdampingan untuk mendorong saya dan menarik saya ke atas.

"Perancangan ALLAH itu hebat. Akhirnya malam ini menjadi satu sejarah manis dalam perjalanan Marsha dalam industri muzik tanah air,” kata penyanyi berkenaan menerusi laman Instagram milikinya.  

 

 

Susulan kemenangan itu, mereka membawa pulang hadiah utama RM100,000 berserta trofi.

AJL-39 melabuhkan tirai dengan mengangkat Marsha sebagai juara untuk pertama kali sepanjang kariernya, diikuti naib juara, Nadeera dengan lagu berjudul Bukan Lagi Kita dan Akim & The Majistret dengan lagu Saksama yang menduduki tempat ketiga.

Ernie Zakri berjaya memenangi Vokal Terbaik dengan lagu Aura manakala Aina Abdul meraih trofi Persembahan Terbaik untuk lagu Puas Sudah.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram