Restoran barbeku berkonsep timur-barat, hidangan Piza Nasi Lemak tarikan baharu di Genting Highlands


  • Bizz
  • Sabtu, 15 Feb 2025

Kool Grill menyajikan hidangan Nasi Lemak BBQ Chicken Pizza di Genting Highlands.

RESTORAN Kool Grill menjanjikan hidangan istimewa barbeku berkonsepkan timur-barat khas buat pengunjung di Genting Highlands.

Terletak di luar pintu masuk taman tema Genting Highlands, Kool Grill menjanjikan suasana istimewa, selesa yang sarat dengan hiasan dalaman dengan perabot serba putih.

Diterajui cef eksekutif Muhamad Muhader Wahi Anour atau lebih dikenali sebagai Aidil, restorannya menawarkan santapan hidangan konsep timur dan barat sesuai buat pengunjung menjamu selera.

BACA LAGI : 'Alhamdulillah, got married on a blessed Friday', Syafiq Kyle-Mimi Lana akhirnya 'jumpa' tarikh nikah

BACA LAGI : [VIDEO] 'Truly a masterpiece,' adibusana bertatah kristal karya Shanel Harun serlah keanggunan Wanna Ali

Hidangan itu turut ditambah baik dengan perisa tradisional bagi memperkenalkan hidangan tempatan kepada pengunjung luar negara.

Hidangan seperti Nasi Lemak BBQ ayam pizza menampilkan udang disaluti pes cili pedas, sosej ayam barbeku dihiasi hirisan timun segar serta kacang rangup di atas adunan tepung pizza.

Selain itu, hidangan Drumette Ayam BBQ Madu Goreng Wok turut menampilkan ayam tandoori salai yang diperap dalam campuran rempah dihidangkan bersama salad timun campuran yang cukup menyegarkan.

Terdapat juga pai BBQ Daging Lembu Korea disaluti sos Ssamjang yang kaya, dilengkapi dengan kacang hijau manis, ubi kentang enak dihiasi dengan keju cair.

Menu Satay BBQ Chicken Pizza juga menjanjikan ayam lembut yang diperap dalam rempah sate, sos kacang dan timun rangup khas buat pelanggan istimewa Kool Grill.

Kool Grill beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan segala info tempahan dan menu tersedia di rwgenting.com atau platform media sosial Resorts World Genting. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram