
PASANGAN selebriti terkenal, Syafiq Kyle dan Mimi Lana selamat melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat secara tertutup bersama ahli keluarga terdekat tanpa pengetahuan peminat.
Berdasarkan hantaran dikongsikan Mimi di Instagramnya pada Jumaat, ia memaparkan kedua-dua tangan dikhabarkan pasangan tersebut dengan cincin disarungkan pada jari manis.
Pasangan tersebut juga dikatakan melangsungkan pernikahan di Taiping, Perak iaitu kampung halaman Mimi.
BACA LAGI: Ingin berehat, Suria FM hormati keputusan Sharifah Shahirah tak sambung kontrak
BACA LAGI: [VIDEO] Tak kenal siapa Ed Sheeran, polis India cabut mikrofon semasa busking walaupun ada permit
Perkhabaran itu juga dikongsikan oleh Syafiq di Instagramnya bersertakan beberapa gambar sepanjang majlis berlangsung.
"Alhamdulillah, got married on a blessed Friday (berkahwin pada Jumaat yang berkat). #skmlfoundthedate (jumpa tarikh nikah)," tulisnya.
Ia juga disambut baik rata-rata peminat termasuk beberapa rakan selebriti di ruangan komen hantaran Mimi Lana.
"Alhamdulillah, syukur," komen @eykafarhana.
"Tahniah Mimi," ucap @wannaali_.
Sebelum ini, pasangan itu memaklumkan bahawa akan melangsungkan perkahwinan pada 18 Ogos 2023, namun majlis terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor tertentu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram