[VIDEO] Mengamuk hampir 7 jam, anggota polis cedera kena tetak lelaki berparang di Sungai Petani


  • 112
  • Sabtu, 15 Feb 2025

Seorang lelaki dipercayai mengamuk sebelum menetak beberapa anggota polis dalam kejadian di Taman Seri Astana di Sungai Petani pada Jumaat.

PENDUDUK di Taman Seri Astana di Sungai Petani, Kedah digemparkan dengan kes amuk membabitkan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental dalam kejadian pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, empat anggota polis cedera diserang ketika cuba menahan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, suspek mengayunkan parang ketika cuba menahan suspek sekali gus menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha untuk mempertahankan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Lampu isyarat rosak punca pemandu Hilux maut, isteri parah rempuh SUV di Batu Pahat

BACA LAGI: [VIDEO] 'Macam dah kena rasuk', lelaki bawa parang mengamuk libas orang di Johor Bahru

Beliau berkata, bantuan pihak bomba menggunakan pancutan air berjaya membolehkan pihak polis menahan suspek.

Difahamkan, lelaki terbabit berusia 32 tahun dan merupakan bekas guru agama sekolah Kelas Fardhu Ain (KAFA). Suspek dipercayai mengalami masalah mental selepas berhenti kerja ketika pandemik Covid-19.

Katanya, polis menerima laporan kejadian daripada bapa lelaki terbabit sebelum beberapa anggota dihantar untuk memujuk dan menenangkannya.

“Sebaik tiba di lokasi, suspek didapati berada dalam rumah yang berkunci dan usaha anggota kita memujuknya tidak berjaya kerana suspek bertindak agresif termasuk melibas parang yang dipegang," katanya.

Menurut Wan Azharuddin, kesemua anggota polis terbabit berusia antara 30 hingga 50-an yang mengalami cedera di kepala, tangan, bahu dan pinggul.

“Bagaimanapun, dua anggota polis yang berusia 40-an dan 50-an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) manakala dua lagi anggota yang berusia 20-an sudah dibenarkan keluar hospital.

“Suspek pula dilaporkan meninggal dunia pada pukul 1.04 pagi Ahad dan laporan bedah siasat terhadapnya belum diperoleh setakat ini,” katanya memetik Buletin TV3.

Dalam pada itu, Wan Azharuddin berkata, dalam usaha mempertahankan diri, anggota kita terpaksa melepaskan tembakan sebelum bantuan pihak bomba menggunakan pancutan air berjaya menahan suspek

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram