[VIDEO] Tak faham 'slang' Inggeris wartawan, Donald Trump bikin kecoh ketika terima kunjungan PM India


  • Benua
  • Sabtu, 15 Feb 2025

Trump ketika sidang media pertemuan bersama Narendra Modi di AS pada Khamis.

PRESIDEN Donald Trump mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengamal media yang hadir pada sidang media pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Ketika disoal salah seorang wartawan kedutaan India pada sidang tersebut, Trump dilaporkan terpaksa menggunakan penterjemah bagi memahami soalan diajukan kepadanya.

"Saya tak faham sepatah pun perkataan yang kamu katakan, sila teruskan," ujarnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lampu isyarat rosak punca pemandu Hilux maut, isteri parah rempuh SUV di Batu Pahat

BACA LAGI: [VIDEO] 'Macam dah kena rasuk', lelaki bawa parang mengamuk libas orang di Johor Bahru

Wartawan berkenaan difahamkan bertanya tentang isu keganasan yang berlaku di India dan meminta jawapan sama ada konsep anti-India akan dikekalkan di AS ataupun tidak.

"Saya mengalu-alukan keputusan anda untuk menggalakkan penduduk India di AS kembali ke tanah air, dalam konteks itu, saya ingin bertanya tentang isu masyarakat di AS yang menyuarakan sokongan terhadap anti-India yang dikaitkan dengan kes keganasan.

"Adakah anda berpendapat perkara itu wajar diteruskan di AS juga?" soalnya kepada Trump.

Namun, persoalan itu tidak berjawab apabila pemimpin AS tersebut meminta agar pertanyaannya diulang semula dengan suara yang lebih kuat.

Ia sekali gus menunjukkan betapa Trump mengalami kesukaran untuk memahami slanga dan dialek bahasa Inggeris digunakan individu terbabit.

Dalam pada itu, situasi serupa berlaku ketika Trump disoal oleh seorang wartawan Afghanistan, Nazira Karimi tentang perancangan AS buat negaranya.

"Ia merupakan suara dan loghat yang sangat indah, cuma masalahnya saya tak faham sepatah pun apa yang awak cakap.

"Saya hanya mampu berkata, semoga berjaya dan hiduplah dengan tenang," ujar Trump.

Terdahulu, Trump menerima kunjungan hormat daripada Narendra Modi bagi membincangkan tentang Perkongsian Strategik Global Komprehensif India-AS.

Pertemuan itu turut merangkumi isu defisit perdagangan India serta cadangan konsesi perdagangan, selain hal berkaitan tenaga dan pertahanan kedua-dua negara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram