Budak 7 tahun lemas berenang dalam kolam dewasa tanpa disedari keluarga di Puchong


  • 112
  • Selasa, 11 Feb 2025

MANGSA sedang berenang bersama ahli keluarga lain di kolam kanak-kanak sebelum pergi ke kolam dewasa. — Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika bermandi-manda di kolam renang sebuah kondominium di Puchong, Selangor pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, polis menerima laporan daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, pukul 2.40 petang selepas seorang kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri dikejarkan ke institusi perubatan berkenaan.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

BACA LAGI: [VIDEO] Kisah heroik pengunjung ‘fun fair’ AS, lebih pentingkan nyawa orang lain saat ‘ magic carpet ride’ hampir tercabut 4 tahun lalu masih jadi inspirasi

BACA LAGI: Sudu plastik murah tak selamat, lelaki kongsi kejadian bibir berdarah ketika makan aiskrim tepi pantai

"Difahamkan, kanak-kanak yang berasal dari Kampung Beserah, Kuantan, Pahang itu sedang bercuti bersama keluarga di kediaman saudara mereka di Puchong.

"Siasatan mendapati mangsa sedang berenang bersama ahli keluarga lain di kolam kanak-kanak berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Tanpa disedari oleh keluarganya, mangsa masuk ke dalam kolam dewasa dan kemudian lemas," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah lemas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, polis juga membuka laporan kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram