
BAYANGKAN anda miliki sebuah kawasan perniagaan yang direka khas untuk membantu para usahawan berkembang, lengkap dengan kemudahan moden dan lokasi yang mudah diakses.
Itulah yang ditawarkan oleh sebuah hab komersial terbaharu di IJM Rimbayu, lokasi cukup strategik berdekatan, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.
Dikenali sebagai Roam, kawasan hab perniagaan itu tidak hanya menawarkan ruang perniagaan yang strategik tetapi juga suasana yang menghubungkan pelanggan, komuniti dan pemilik bisnes yang sama-sama mahu berdaya saing.
BACA LAGI: Tak perlu modal tinggi, konsep 'Dapur Hantu' pacu sektor F&B dan hartanah
Pengenalan Roam antara lain bagi memenuhi permintaan terhadap ruang komersial dinamik yang menyokong usahawan, perniagaan tempatan dan perusahaan yang berkembang di Bandar Rimbayu, sebuah perbandaran yang diinspirasikan daripada kejayaan pembangunan Subang Jaya, Bandar Utama dan Taman Tun Dr. Ismail.
Roam yang berkeluasan 2.25 hektar bukan sekadar deretan kedai biasa kerana ia direka khas untuk memenuhi keperluan perniagaan masa kini dengan konsep yang fleksibel dan moden.
"Keunikan utama Roam adalah ia menawarkan ruang runcit strata dan pejabat mampu milik, menjadikannya ideal untuk syarikat permulaan dan perniagaan kecil," kata Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon.
Terdapat empat blok utama yang menawarkan pelbagai kemudahan yang menjadikannya pilihan tepat buat pelanggan. Keempat-empat blok mengintegrasikan ruang runcit, pejabat dan gaya hidup, selain direka untuk fleksibiliti dan kehidupan bandar moden.
Berikut blok perniagaan yang ditawarkan bersama kelebihan masing-masing:
Blok A dan C
Blok lima tingkat yang memenuhi keperluan perniagaan kecil dan usahawan, dengan Blok A (101 unit) direka untuk anchor tenant dan Blok C (93 unit) sesuai untuk usahawan tunggal (sole entrepreneurs).
Blok B
Blok B mengandungi tujuh unit eksklusif untuk perniagaan berkaitan sukan dan teknologi, sesuai buat inovasi dan gaya hidup aktif. Blok B juga dikenali sebagai 'Centerpiece'.
Blok D
Blok D pula merupakan sebuah bangunan ikonik empat tingkat (unit tunggal) yang berpotensi untuk menempatkan hotel, perkhidmatan pandu lalu, dewan acara, kemudahan sukan atau taman hiburan dalam ruangan.
Blok D juga menawarkan peluang untuk pembelian secara en bloc, dengan potensi pembangunan menjadi hotel butik, dewan acara atau ruang hiburan.
Terdapat empat blok utama yang menawarkan pelbagai kemudahan yang menjadikannya pilihan tepat buat pelanggan.
Terletak di lokasi strategik, kedudukan Roam di pintu masuk utama IJM Rimbayu menawarkan akses mudah melalui Lebuhraya South Klang Valley Expressway (SKVE).
Ia juga mempunyai laluan yang mudah untuk pengunjung bergerak ke pusat bandar Kuala Lumpur, Subang, Petaling Jaya, Damansara, Puchong, Shah Alam dan Lembah Klang dengan melalui empat lebuh raya utama.
Dikelilingi pusat komersial terkenal seperti Seasons Square, Uptown Square dan Blossom Square, Roam semakin kukuh sebagai pusat komersial utama di kawasan itu.
Kedudukannya yang berhampiran dengan kawasan pesat membangun seperti Banting dan Jenjarom juga menjadikan Roam sebagai pilihan utama buat peniaga yang mencari ruang pejabat berdekatan dengan kawasan tersebut.
Roam juga memanfaatkan landskap yang hijau dengan menyediakan kawasan umum yang luas serta kemudahan tempat letak kereta iaitu sebanyak 707 ruang parkir.
Sesuai untuk perniagaan, Roam adalah platform ideal untuk start-up, usahawan kecil dan perniagaan sederhana (SME) yang ingin beralih ke ruang komersial yang lebih profesional dan tersusun.
Dengan harga jualan bermula daripada RM482,000, Roam menawarkan ruang pejabat strata dan kedai runcit bersaiz 830 hingga 3,122 kaki persegi dengan harga yang berpatutan untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis perniagaan.
Pejabat di tingkat atas boleh disewa pada kadar RM2,000 sebulan, sementara unit runcit dan pejabat kedai menawarkan visibiliti dan aliran trafik yang tinggi untuk perniagaan yang sedang berkembang.
Tidak hanya itu, Roam menawarkan peluang pelaburan yang sangat berbaloi dengan kadar pulangan sewa yang menguntungkan.
Berdasarkan hartanah komersial terdahulu di IJM Rimbayu, kadar pulangan sewa di Roam adalah sekitar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus setahun.
Sewa bulanan bagi kedai pejabat tingkat bawah adalah antara RM7,000 hingga RM8,000, sementara pejabat di tingkat atas pula disewa pada kadar RM2,000 hingga RM2,500 sebulan.
Unit lot sudut pula boleh disewa pada kadar RM20,000 sebulan dengan menawarkan pulangan pelaburan yang menarik bagi pelabur.
Roam di IJM Rimbayu bukan sahaja menyediakan ruang untuk perniagaan tetapi juga memperkenalkan konsep kehidupan yang holistik yang membolehkan penduduk dan usahawan dapat menikmati kemudahan gaya hidup yang moden.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, kunjungi laman web Rimbayu di http://rimbayu.ijmland.com atau hubungi talian 1800-228686 sekarang! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram