![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/11/3161514.jpg)
SATU kejadian mendebarkan pernah berlaku di tapak fun fair (pesta ria) di Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 2021.
Meskipun lebih tiga tahun berlalu, namun kejadian melibatkan permainan dikenali sebagai magic carpet ride masih mencuri perhatian ramai terutama di media sosial.
Menerusi video yang tular semula, beberapa pengunjung berdepan detik cemas apabila tapak permainan tersebut hilang keseimbangan dan hampir tumbang.
Pada masa sama, permainan itu masih berpusing secara 360 darjah dengan beberapa individu lain di dalamnya.
Keadaan panik ketika itu ditambah lagi dengan jeritan pengunjung yang takut sekiranya ia terhempas atau tercampak dari landasan.
Melihat situasi itu, beberapa pengunjung di kawasan itu bertindak menahan dan memegang erat tapak permainan tersebut daripada terbalik.
Kisah tersebut juga tetap menjadi inspirasi ramai kerana keprihatinan mereka dalam menyelamatkan nyawa pengunjung.
Pihak pengurusan pesta ria itu kemudiannya menutup bekalan elektrik dan menghentikan permainan tersebut dengan selamat.
Susulan itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ketika kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram