Anak selebriti tawan pentas peragaan, jadi wajah kempen kecantikan terkemuka


  • Hiburan
  • Selasa, 11 Feb 2025

Lourdes terus mendominasi dunia fesyen dan menjadi wajah ikonik di minggu fesyen.

SELEBRITI-SELEBRITI ternama Hollywood mulai menakluki dunia fesyen melalui anak-anak mereka, yang semakin mendapat perhatian di pentas peragaan dan minggu fesyen antarabangsa.

Dalam acara fesyen yang berlangsung baru-baru ini, anak-anak selebriti terkenal bukan sahaja dilihat duduk di barisan hadapan, malah beberapa daripada mereka turut berjalan di pentas peragaan dengan sorakan gemuruh.

Tahun lalu, beberapa anak selebriti berjaya menawan pentas dengan penampilan yang memukau.

BACA LAGI: Dua bintang 'Ipar Adalah maut' jadi wajah kempen raya jenama fesyen Malaysia

BACA LAGI: [VIDEO] Mira Filzah rancang tambah anak, lebih gemar luang masa keluarga berbanding ‘update’ Instagram macam BBNU

iris

Iris Law ketika berada di belakang pentas pada pertunjukan fesyen Musim Bunga/Panas 2025 tahun lalu. — Versace

Antaranya, anak kepada pelakon terkenal Jude Law, iaitu Iris Law telah muncul dalam pelbagai iklan dan menjadi wajah untuk kempen kecantikan jenama terkemuka seperti Burberry dan Dior.

Iris membuat debutnya di pentas peragaan pada pertunjukan fesyen Miu Miu untuk musim luruh/sejuk 2020.

Sementara itu, anak pelakon Johnny Depp, Lily Rose Depp turut menarik perhatian apabila berjalan di pentas Chanel di Paris pada 2017.

Baru-baru ini pula, Lily Rose dilihat duduk di barisan hadapan sewaktu pertunjukan couture terkemuka.

Lourdes Leon, anak kepada legenda pop Madonna, terus mendominasi dunia fesyen dan menjadi wajah ikonik di minggu fesyen.

Lourdes yang menjadi model untuk jenama terkenal seperti Burberry dan Mugler, baru-baru ini mencetuskan kontroversi di Paris Fashion Week Koleksi Lelaki apabila mengenakan pakaian yang sangat nipis.

Sama seperti ibunya, Lila Moss juga mengikut jejak langkah ibunya, supermodel Kate Moss dalam dunia fesyen.

Wanita itu terlibat dalam kempen untuk jenama terkenal seperti Miu Miu, Fendi dan Marc Jacobs.

Selain itu, Lila juga aktif menjadi model untuk rumah couture terkenal lain.

lily

Raut wajah cantik membolehkan Lily Rose Depp menarik perhatian penggiat industri fesyen. Lily Rose Depp Chanel Paris

Dalam pada itu, anak kepada pelakon Monica Bellucci, Deva Cassel, mencuri tumpuan di pertunjukan Dolce & Gabbana pada 2021, dengan beliau turut diangkat sebagai muse jenama berkenaan.

Deva terus melangkah maju dengan muncul di muka depan majalah fesyen terkemuka seperti Vogue dan Elle, selain dilantik menjadi duta jenama Dior pada tahun lalu.

Tidak ketinggalan, Kendall dan Kylie Jenner, yang dikenali sebagai ahli keluarga Kardashian-Jenner, turut memanfaatkan kemasyhuran keluarga mereka dalam dunia peragaan.

Nama besar seperti Kim Kardashian tidak asing lagi dalam kalangan penggemar fesyen.

Anak kepada model Heidi Klum dan penyanyi Seal, Henry Gunther Ademola Dashtu Samuel, baru-baru ini mengadakan debutnya di pentas peragaan Paris, manakala anak saudara kepada Beyonce, Daniel Julez J Smith Jr, juga membuat kemunculan pertama di New York Fashion Week pada tahun lalu.

Penampilan anak-anak selebriti tersebut menunjukkan bahawa menjadi anak kepada individu terkenal memberikan kelebihan untuk mereka menceburi industri fesyen.

Namun, penampilan fizikal dan bakat tetap menjadi faktor utama dalam mengukir kejayaan di dunia peragaan. — The Star/BERVIN CHEONG

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram