Dua bintang 'Ipar Adalah maut' jadi wajah kempen raya jenama fesyen Malaysia


  • Bizz
  • Isnin, 10 Feb 2025

Pemilihan kedua-dua pelakon ini menjadi wajah koleksi raya 2025 Hijabistahub menambah lagi sinar kegembiraan bagi kedua-dua penggemar fesyen dan filem tersebut.

JENAMA fesyen tempatan, Hijabistahub tahun ini meraih perhatian apabila menampilkan dua pelakon utama seberang yang sebuah filem Indonesia yang menimbulkan kemarahan orang ramai, iaitu 'Ipar Adalah Maut' sebagai muka utama bagi koleksi raya 2025 mereka.

Pemilihan kedua-dua pelakon ini untuk menjadi wajah koleksi raya jenama itu menambah lagi sinar kegembiraan bagi kedua-dua penggemar fesyen dan filem tersebut.

Davina Karamoy, 22, dan Michelle Ziudith Waselly, 30, bukan sahaja dikenali melalui peranan hebat dalam filem tersebut, tetapi juga dianggap ikon fesyen yang memukau dalam setiap penampilan mereka.

BACA LAGI: 'Tak mengapa baju raya mahal, pastikan kualitinya cantik luar dan dalam' - Rico Rinaldi

BACA LAGI: Fesyen warga Singapura lebih sekular, Malaysia minat perincian, Dahlia lebih selektif bawa jenama tempatan ke seberang tambak

Screenshot 2025-02-10 142337

Michelle mengenakan Kuung Jasmine. — Instagram/hijabista.hub

Hijabistahub dalam satu hantaran pada 26 Januari lalu di Instagram, memberi bayangan mengenai pembabitan 'dua-beradik' itu, dengan kepsyen 'Yang paling dinanti-nanti, masanya hampir tiba. Raya tahun ini lebih “Drama” dari biasa...'.

Dalam hantaran tersebut, kelihatan dua wanita anggun mengenakan rekaan busana raya yang elegan dengan sentuhan hijab moden. Namun, wajah mereka tidak dipaparkan sepenuhnya, hanya menampilkan sisi belakang, mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan pengikut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata daripada pengikut jenama itu tidak dapat 'menghidu' penglibatan mereka. Pun begitu, ramai juga yang mengenal sosok dua wanita berkenaan.

Pada 27 Januari pula, Hijabistahub membuat satu lagi hantaran teaser. Kali ini jelas menunjukkan pembabitan mereka sebagai model bagi koleksi jenama itu apabila video tersebut menggunakan suara latar daripada drama berkenaan yang merupakan antara line yang mengundang kemarahan penonton.

Screenshot 2025-02-10 142308

Davina menggayakan Kurung Miranda. — Instagram/hijabista.hub

Koleksi Raya 2025 yang dilancarkan oleh Hijabistahub memperkenalkan rekaan yang segar, moden, dan elegan. Gaya yang diperkenalkan dalam koleksi tersebut mengutamakan keselesaan dan kesopanan tanpa menjejaskan unsur fesyen terkini.

Kehadiran Michelle dan Davina dengan gaya anggun dan sofistikated mereka menambah lagi impak kepada jenama itu, sekali gus membuktikan mereka adalah pilihan ideal untuk menyarungkan koleksi Kurung Zaheera, Kurung Diana, Kurung Miranda, Kurung Jasmin dan Mini Kebaya Renaya.

Meskipun tidak memiliki imej bertudung dalam kehidupan sebenar, namun penampilan mereka mengenakan hijab dalam koleksi terlibat cukup mempesonakan.

Dengan tagline 'Raya Paling Epik', Hijabistahub menampilkan rekaan yang mengutamakan keselesaan dan keanggunan dengan mengetengahkan pelbagai potongan dan gaya, memberikan pilihan sempurna untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gaya klasik dan moden.

Koleksi terlibat dijangka mendapat perhatian ramai, terutamanya dengan penglibatan dua bintang terkenal ini yang sudah pasti akan memberi impak besar dalam kalangan penggemar fesyen tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram