
GEMPAR apabila seorang pempengaruh bernama Eyka dilaporkan hilang ketika memasuki sebuah hutan di Bandung, Indonesia pada Isnin.
Pempengaruh berusia 22 tahun itu dilaporkan hilang selama tiga hari dan dia sudah berjaya ditemukan semula selepas proses mencari dan menyelamatkan dilakukan.
Eyka ditemukan oleh Arasz Abdullah, 35, yang menjumpainya dalam keadaan lemah kira-kira 200 meter dari tempat gadis tersebut dikatakan kali terakhir dilihat.
BACA LAGI: [VIDEO] Muka tersembam atas trek, juara dunia MotoGP kemalangan di litar Sepang
Pempengaruh itu merupakan sebahagian daripada tujuh individu yang masuk ke dalam hutan untuk melakukan kandungan aktiviti paranormal yang diketuai oleh Ammar Nazhan.
Sehingga kini, Ammar masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca kehilangan Eyka yang merupakan wanita tunggal yang masuk ke hutan bersama kumpulan itu.
Namun begitu, ada dakwaan mengatakan Eyka berselisih faham dengan seorang rakannya dikenali sebagai Izzrin sebelum membawa diri meninggalkan kumpukan berkenaan.
Dalam sebuah video yang tular di media sosial, perselisihan faham itu dilihat sebagai titik permulaan kepada kehilangan Eyka di dalam hutan.
Perselisihan faham dikatakan menjadi punca Eyka hilang.
"(Masa itu) buat (kandungan) paranormal dan Izzrin ada gaduh dengan Eyka sebelum dia (Eyka) larikan diri," katanya.
Eyka ditemukan dalam keadaan tidak bermaya dan pucat, sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Ahli keluarga Eyka turut dimaklumkan keadaan semasanya dan Ammar bertindak menguruskan pempengaruh tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram