TERKENAL dengan watak samseng dan antagonis, pelakon Adam Corrie, 56, mendedahkan pernah hilang punca pendapatan apabila lebih tiga tahun digam sebuah stesen televisyen.
Katanya, perkara itu berlaku usai dirinya memeluk Islam yang menurutnya antara ujian terbesar dihadapi selepas berhijrah.
"Selepas saya umum saya masuk Islam, ujian pertama yang saya dapat adalah tak ada kerja, tiga tahun tak ada kerja langsung.
"Tapi ALLAH bagi satu jalan yang saya rasa sangat seronok, rasa berbaloi kena 'banned' dekat satu stesen televisyen ni.
"Isteri saya ajak saya pergi majlis ilmu, alang-alang sudah tiada pekerjaan, majlis itu bersama Habib Ali Zainal Abidin dan saya pergi tiga tahun tanpa henti," katanya dalam satu sesi temu bual di TikTok.
@matdo74 #tiktoklive #live #2024 #2025 #poryou #poryoupage #masjidalbusyramerbok #4u #fypシ゚viral #fypシ #fyp #xybca #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound - Towards Allah - إِلى الله
Pelakon KL Gangster itu turut berkongsi beberapa momen gembira sepanjang menuntut ilmu bersama pendakwah tersebut.
Jelasnya, proses pengajian itu bertambah manis apabila dirinya terasa seperti dihargai oleh pendakwah berkenaan.
"Banyak program TV yang dia pergi tapi tak pernah sebut nama anak murid dia, tapi saya orang pertama yang dia sebut. Adam saf depan.
"Sebab apa, majlis mula pukul sembilan tapi pukul enam saya dah ada di barisan depan, lepas solat Asar sampai selesai program.
"Hari tu juga hari bertuah saya, habis program Habib Ali pegang tangan saya dan bawa saya pergi minum," katanya.
Jelasnya, sepanjang tiga tahun tiada pekerjaan, dia langsung tidak terasa sunyi malah sangat bermakna kerana berkesempatan untuk mendalami Islam.
Kini, Adam berjinak dalam dunia perniagaan selaku pemilik restoran dan kurta jenamanya sendiri.
Seiring dengan itu, pelakon kelahiran Pulau Pinang tersebut masih bergiat aktif dalam industri hiburan tanah air. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram