PELAKON senior tanah air, Azhar Sulaiman naik angin apabila seorang pengguna Facebook meninggalkan komen berbaur lucah terhadap anak kembar perempuannya, Kasih Iris Leona baru-baru ini.
Menerusi komen tersebut, lelaki berkenaan bertanya sama ada dia boleh 'meminjam' Leona selama satu malam.
"Papa 'pinjam' Leona semalam," katanya.
Pertanyaan tersebut nyata mengundang kemarahan pelakon yang lebih mesra dengan panggilan 'mami' itu.
Tidak berpuas hati dengan komen tersebut, Azhar lantas mengajak lelaki itu untuk berjumpa dengannya.
"Nak gaduh dengan saya ke bro? Moh (mari) jumpa," ujarnya.
Tangkap layar komen berunsur lucah yang ditinggalkan seorang lelaki di Facebook. — Twitter/Roman Akramovich
Tangkap layar hantaran itu dikongsikan di Twitter Roman Akramovich pada Khamis.
"Kisah daripada Facebook. Azhar Sulaiman naik angin apabila seorang lelaki buat komen lucah berkenaan anak perempuannya.
"Kita ini biar hodoh, biar buruk. Tak ada duit pun tak apa tapi biar ada adab," katanya.
Bagaimanapun, menerusi carian di Facebook, laman sosial lelaki berkenaan didapati sudah dinyahaktif.
Dalam masa sama, Azhar Sulaiman juga tidak teragak-agak untuk memuat naik foto lelaki berkenaan bersama seorang wanita di laman Instagram miliknya.
"Mereka ni saudara mara you ke?" soal selebriti popular itu kepada pengikutnya.
Menerusi carian di Facebook, laman media sosial lelaki itu didapati sudah lenyap. — Twitter/Roman Akramovich
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tidak berpuas hati dengan komen yang ditinggalkan lelaki berkenaan dan menyokong tindakan dilakukan Azhar yang juga seorang arkitek dan pereka hiasan dalaman.
Antaranya, amelya yang menganggap perbuatan tersebut adalah satu perkara yang amat menjijikkan.
"Jijik! Sudahlah menggunakan gambar profil FB dengan isteri, ada hati komen macam tu? Orang lain komen dekat gambar isteri dia macam tu baru dia tahu," ciapnya membalas perkongsian tersebut.
"Tolonglah ya, sebelum nak komen tu guna otak dulu. Kau suka ke kalau lelaki lain komen macam tu pasal anak isteri kau? Kalau tak boleh malu dengan anak bini dekat rumah, malulah dengan ALLAH SWT," kata liyana_frh.
"Seorang ayah, abang atau seorang suami yang normal dan waras memang akan bertindak macam ni, artis ke bukan artis ke sama je selagi bernama manusia. Lelaki yang si pelaku tu cuba benda ni jadi kat isteri/anak/adik perempuan dia?" ujar Nurul Hidayah Mansor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram