TINDAKAN seorang warga emas lelaki mencabul pelajar perempuan membawa padah selepas dia ditahan oleh pihak polis pada Sabtu.
Memetik laporan media antarabangsa, VIVA. Com, kejadian tersebut berlaku di Jatinegara, Jakarta Timur, Indonesia.
Menurut Ketua Polis Jakarta Timur, Kombes Leonardus Simarmata, suspek berumur 72 tahun itu sudah pun ditahan.
"Suspek kini berada dalam tahanan polis dan siasatan lanjut akan dijalankan," katanya.
Terdahulu, tular satu video yang memaparkan suspek mencabul mangsa yang lengkap berpakaian sekolah di sebuah lorong.
Aksi terkutuk suspek itu juga berjaya dirakam sebuah kamera litar televisyen tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.
Melalui video tersebut, kelihatan mangsa tidak melawan dan dilihat seperti ketakutan.
Namun mangsa bernasib baik apabila orang awam yang berasa curiga dengan warga emas tersebut terus menghampiri mereka sekali gus menyebabkan warga emas tersebut beredar dari tempat kejadian mengayuh basikalnya macam seolah-olah tiada apa-apa berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram