![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2025/02/03/3148713.jpeg)
PETINJU Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar menarik perhatian ramai apabila tampil bergaya dengan baju Melayu 'slim fit' daripada jenama pakaian terkenal, Bulan Bintang dalam pertunjukan fesyen bertajuk 'Fashion Show Bulan Bintang Sedekad Menyinar' yang berlangsung di ibu negara pada Ahad.
Penampilannya yang segak dan penuh gaya itu bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dalam seni pertarungan tetapi juga dalam dunia fesyen.
Baju Melayu 'slim fit' tersebut direka dengan potongan moden dan kemas, memberikan sentuhan elegan yang mempamerkan personaliti Johan Ghazali yang sentiasa berani dan berkeyakinan tinggi.
BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan VAR 'last minute' kecewakan fans, aksi JDT-MUFT dan Selangor-Penang turut terpalit
BACA LAGI: Keputusan ref di Stadium Bandaraya kecewakan Selangor raih 3 mata
@butikbulanbintangpenang Jojo belanja shadow boxing di pentas Fashion show Bulan Bintang #bulanbintangpenang #bulanbitanghq #sedekadmenyinar #jojoghazali ♬ original sound - Butik Bulan Bintang Penang
Apa yang lebih menarik, baju tersebut dibuat tanpa logo, memberikan penampilan yang lebih kemas dan minimalis namun masih tetap menonjolkan keunikan jenama Bulan Bintang.
Penampilan Johan Ghazali atau mesra dengan sapaan Jojo yang penuh karisma itu tentunya memberi inspirasi kepada ramai untuk tampil dengan gaya tersendiri tanpa mengabaikan nilai kesederhanaan dan elegan.
Tidak hanya di dalam gelanggang, Johan Ghazali sekali lagi membuktikan dirinya sebagai ikon bukan sahaja dalam sukan namun juga dalam dunia fesyen.
Dalam acara pertunjukan tersebut, Johan Ghazali bukan sahaja menarik perhatian dengan penampilannya yang segak berbaju Melayu, tetapi turut memukau dengan teknik 'shadow boxing' yang diikuti tepukan dan sorakan gemuruh orang ramai. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram