Pengambilan kalsium bantu kurangkan risiko kanser kolon


  • Sihat
  • Ahad, 02 Feb 2025

Susu antara produk tenusu mengandungi kalsium yang mampu mengurangkan risiko kanser usus. — Agensi

SEGELAS susu bukan hanya baik untuk tulang, tetapi boleh membantu mengurangkan risiko kanser usus besar.

Kajian penyelidikan terkini dari Universiti Oxford, Britain, United Kingdom menunjukkan bahawa pengambilan susu tambahan setiap hari boleh melindungi usus daripada kanser kolorektal atau kolon.

Hal ini kerana, kalsium dalam susu atau produk tenusu lain seperti keju dan yogurt berperanan meneutralkan asid bahaya di dalam usus.

BACA LAGI: Oren rupanya 'buatan manusia', hasil hibrid 2 jenis buah purba

BACA LAGI: Lorong Kwai Chai Hong meriah, dipenuhi hiasan warna-warni sempena CNY

6122846386258039605

Kalsium di dalam produk tenusu mampu melindungi usus. — Agensi

Menurut para saintis, lebih daripada 12,000 kes kanser di kalangan lebih 500,000 wanita.

"Kami menyimpulkan bahawa produk tenusu membantu melindungi daripada kanser kolorektal yang didorong separuh atau sepenuhnya oleh kalsium," katanya selepas mengkaji kesan 97 jenis makanan dan nutrient terhadap usus.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, penemuan itu turut menunjukkan sayur-sayuran hijau sebagai antara makanan yang dapat membantu mencegah kanser usus besar kerana ia termasuk dalam sumber kalsium.

Walaupun makanan kaya serat sudah lama dianggap dapat pencegah kanser kolon, hubungan antara kalsium dan kanser usus baharu mendapat perhatian dalam kajian saintifik beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ini adalah kajian tunggal yang paling komprehensif pernah dijalankan tentang hubungan antara diet dan kanser usus besar.

"Ia menekankan peranan perlindungan kalsium dalam perkembangan penyakit ini," tambahnya.

Bagaimanapun, mengambil suplemen kalsium daripada memakan lebih banyak makanan kaya dengan mineral itu mungkin tidak memberikan kesan yang sama.

"Kami tidak dapat melihat kaitan antara mengambil suplemen kalsium dan risiko kanser usus dalam kajian ini," jelasnya.

Kanser usus merupakan jenis kanser ketiga paling normal di dunia dengan peningkatan kes dalam kalangan individu berusia bawah 50 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram