Lorong Kwai Chai Hong meriah, dipenuhi hiasan warna-warni sempena CNY


  • Massa
  • Khamis, 30 Jan 2025

Pengunjung teruja apabila dapat bergambar ketika melalui lorong Kwai Chai Hong, Kuala Lumpur. — The Star

LORONG Kwai Chai Hong yang dihiasi dengan hiasan warna-warni sememangnya menjadi lokasi pilihan orang ramai terutamanya untuk mengambil gambar sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Kwai Chai Hong bermaksud 'lorong hantu kecil' berada di Lorong Panggung di Chinatown, Kuala Lumpur merupakan antara warisan yang memberi pengalaman kepada pengunjung untuk merasai zaman nostalgia di bandar itu suatu ketika dahulu.

Kawasan tersebut terkenal dengan seni jalanan yang dihiasi pemasangan rekaan seni mengikut musim.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motor maut dirempuh pemandu positif dadah, masuk laluan kontra di Kuala Krai

BACA LAGI: [VIDEO] Permainan gelongsor air kaca i-City tiada lesen MBSA, polis sahkan belum terima repot pelampung jatuh timpa pengunjung

People and tourists took photos in the Kwai Chai Hong, Petaling Street Kuala Lumpur decorated with a strong Chinese New Year atmosphere .  —LOW LAY PHON/The Star

Antara hiasan yang dipanggil sebagai 'Bountiful Blessings'. — The Star

Sempena menyambut Tahun Ular, sebilangan besar tanglung dihias sebagai lambang kegembiraan seperti 'menanti tuah' dan kemakmuran.

Pengunjung juga boleh melewati laluan itu untuk menikmati suasana atau melalui Petaling Street yang terletak berdekatan untuk membeli-belah, tawar-menawar atau merasai makanan dan minuman tempatan.

Pemasangan hiasan di Kwai Chai Hong akan berlangsung sehingga 16 Februari dan orang ramai boleh melawat dari 9 pagi hingga tengah malam, malah kemasukannya juga adalah percuma. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram