Lobak berpotensi bantu kawal diabetes


  • Sihat
  • Ahad, 26 Jan 2025

Penemuan terbabit menunjukkan lobak merah boleh "menggalakkan mikrobiom 'lebih sihat' dan menyumbang kepada peraturan glukosa darah lebih baik pada individu dengan diabetes jenis 2". — Agensi

SAYUR yang sekian lama disyorkan pengambilannya bagi menguatkan penglihatan kerana kandungan sumber vitamin, beta-karotena dan kalium iaitu lobak merah kini didapati turut berpotensi membantu meningkatkan rawatan diabetes jenis 2.

Penemuan itu dibuat oleh penyelidik di Universiti Selatan Denmark.

"Lobak merah boleh meningkatkan keupayaan badan untuk mengawal gula darah dan secara positif mempengaruhi komposisi bakteria usus," kata pasukan penyelidikan dalam laporan diterbitkan jurnal perubatan Clinical And Translational Science.

BACA LAGI: Tunai janji selepas 53 tahun kahwin, bekalan elektrik terputus pahit manis Salleh ke Kashmir bersama cinta hati

BACA LAGI: [VIDEO] Gen Z sanggup berhabis untuk 'travel' berbanding membeli barangan mewah

Pasukan itu menjalankan ujian ke atas tikus dan mendapati lobak merah "mengubah komposisi mikrobiom usus iaitu berbilion-bilion mikroorganisma hidup dalam usus yang memainkan peranan penting dalam pencernaan dan kesihatan".

Penemuan terbabit menunjukkan lobak merah boleh "menggalakkan mikrobiom 'lebih sihat' dan menyumbang kepada peraturan glukosa darah lebih baik pada individu dengan diabetes jenis 2".

Pasukan itu menambah bahawa perlu ada lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada "sebatian bioaktif yang berasal dari lobak merah" boleh digunakan untuk "membangun strategi pemakanan yang berkesan" terhadap penyakit berkenaan.

Ini terutamanya kerana diabetes jenis 2 menjadi semakin penyakit semakin kerap dialami apabila individu makan lebih banyak makanan diproses dan menjalani kehidupan tidak aktif.

“Diabetes jenis 2 menjejaskan jutaan penduduk di peringkat global dengan jumlahnya meningkat di Denmark dan di seluruh dunia.

"Di Denmark sahaja, jumlah kes meningkat lebih daripada empat kali ganda sejak 1996," ujar pasukan itu.

Penyelidikan lain yang diterbitkan baru-baru ini, oleh pasukan saintis daripada Universiti Granada dan Universiti Awam Navarra di Sepanyol, mendapati amalan 'intermittent fasting' membantu menurunkan berat badan dan mengawal kadar glukosa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram