Lelaki hilang kawalan terbabas rempuh pengadang tol di Johor Bahru


  • 112
  • Ahad, 26 Jan 2025

Kemalangan di Plaza Tol Kempas meragut satu nyawa. — Facebook/JohorPost

SEORANG pemuda berusia 23 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya merempuh penghadang di Plaza Tol Kempas, Johor pada Ahad.

Ketua Polis Johor Bahru, Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar 6.15 pagi di kilometer 7.8 Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke selatan.

Menurut Balveer, kenderaan dinaiki mangsa hilang kawalan dan ia menyebabkan kecederaan kepala yang serius dan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA LAGI: Suspek ugut bunuh Harith Iskander, keluarga ditahan

BACA LAGI: Tak sempat sampai Tanah Merah, bakal pengantin wanita maut kemalangan di Kota Tinggi

"Insiden itu dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan terhadap kereta dipandunya dan melanggar penghadang konkrit.

"Disebabkan impak pelanggaran, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Balveer.

Kejadian itu turut menyebabkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kempas dikerahkan ke tempat kejadian.

Komander operasinya, Wan Nor Affendi berkata seramai lapan anggota termasuk satu Kenderaan Bantuan Penyelamat (FRT) dan Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di tempat kejadian.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dari kereta yang rosak. Walau bagaimanapun, kakitangan Kementerian Kesihatan di lokasi mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia," jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram