[VIDEO] 'Walau terpisah 2 dunia, sayang abang masih seperti dulu', Hidayah titip ucapan hari lahir istimewa buat arwah Abam


  • Hiburan
  • Isnin, 20 Jan 2025

Hasil perkahwinan pada 2017, Allahyarham Abam dan Hidayah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

BALU Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, 33, menitip ucapan ulang tahun kelahiran istimewa buat suaminya yang ke-37 pada Ahad.

Memasuki tahun kelima pemergian pelawak popular itu, Hidayah masih setia menyulam cinta dan rindu tiada berpenghujung pada Allahyarham yang disifatkan insan paling disayangi.

Menganggap zuriatnya, Syed Uthman Hamzah sebagai pengikat cinta dan kasih sepanjang hayat, Hidayah setia menanti detik disatukan semula bersama arwah walaupun di dunia berbeza.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecewa bisnes kerap ditipu, fans sokong projek kurta Zizan Razak siap minta buat 'plus size', kain pelekat

BACA LAGI: Bukti cinta sejati, Stephen Chow sanggup membujang lepas hubungan cinta dengan Ms Butterfly tak direstui ibu

"19 Januari 2025, selamat hari lahir suamiku tersayang. Genap umurmu 37 tahun.

"Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta dan sayang kepada abang masih seperti dahulu.

"Pengikat cinta, anak kita Syed Uthman Hamzah. Al-Fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar," ciapnya di laman Instagram pada Ahad.

Dalam pada itu, Hidayah turut memuat naik beberapa keping gambar bersama Allahyarham di samping sebuah lagu Bollywood yang ditujukan khas buat bekas suaminya.

Turut memaparkan lirik dan maksud sebenar di sebalik lagu berkenaan, hantaran itu nyata mengundang sebak peminat Allahyarham.

"Rindu tengok arwah, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan setiap doa dari peminat untuk arwah sampai kepadanya, syurga la tempatmu sahabat," kata gaijin_fahmi.

"Mesti arwah abam sangat penyayang dan memanjakan dayah, sebab tu dayah selalu hargai walaupun dah tiada di dunia," ujar yattmujari.

"Perempuan susah hidup tanpa suami, bila tengok dayah saya yakin saya boleh berdikari tanpa lelaki lain dan cuba setia pada arwah suami," tambah cikbu1987.

Untuk rekod, Hidayah dan Abam mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 6.

Merupakan ahli kumpulan lawak popular Bocey bersama Fad dan Achey, Allahyarham meninggal dunia pada pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram