Selain melawak, Wan Gegau juga berbakat cipta lagu, serlah jiwa rock bersama Silverchain Band yang 'belum siap'


  • Hiburan
  • Khamis, 09 Jan 2025

Pelawak popular, Wan Gegau kini bergelar gitaris kumpulan rock, Silverchaind Band.

PELAWAK popular Wan Gegau, 37, atau nama lengkapnya, Mohd Saffuan Samsudin kini melebarkan sayapnya dalam bidang seni sebagai seorang pemuzik.

Terlebih dahulu mencipta nama menerusi program realiti Bintang Mencari Bintang pada 2013, anak jati Masjid Tanah, Melaka itu merupakan anak didik kumpulan lawak nombor satu negara, Senario.

Terkenal dengan tag line 'Nampaktakkk', karier seninya kian melonjak naik selepas turut muncul dalam beberapa lagi program hiburan seperti Lawak Solo, Maharaja Lawak Mega dan lain-lain.

BACA LAGI: [VIDEO] Hafal sajak Usman Awang sejak darjah 2, anak dedah arwah Aziz Desa martabat bahasa Melayu bermula dari rumah

BACA LAGI: Tak jadi single kedua Real XPDC, lagu SETIA jadi taruhan baharu Afiq Bruno bersama XTNT

Menganggap 2025 sebagai tahun membawa tuah, Wan mengambil langkah berani menceburkan diri dalam bidang muzik yang menurutnya, sudah lama ditinggalkan sejak 2010.

6334834500130947375

Wan (dua dari kiri) bersama kumpulan Silverchain Band.

"Sebenarnya saya dah lama ada band ni sekitar 2009 hingga 2010 dulu tapi terhenti, kemudian saya ada juga jadi bassist satu kumpulan ni tapi tak tahan lama.

"Lepas tu saya sertai program lawak dan jadi la pelawak, pelakon dan sebagainya, tapi minat mendalam terhadap muzik saya kembali tubuhkan kumpulan Silverchain Band.

"Kali ni insya-ALLAH kita buat kasi jadi, dalam masa terdekat ni single akan dikeluarkan bertajuk Trauma di bawah syarikat label ABM Records," katanya kepada Majoriti.

Berbakat sebagai seorang pemain gitar bass dan berkebolehan mencipta lagu, Trauma dihasilkan 100 peratus dirinya sendiri, namun masih di peringkat akhir sebelum ia dilancarkan di semua platform.

"Silverchain ni kumpulan rock, jadi lagu-lagu dia semua nak kata terlampau retro sangat tidak, moden sangat pun tidak tapi sesuai dengan untuk semua masyarakat.

"Lagu Trauma saya yang cipta, komposer saya sendiri tapi yang nyanyikan tu vokalis la, saya bassist sahaja dan ada sebuah lagu Inggeris kita dah siapkan tapi itu selepas Trauma dilancarkan.

"Setakat ni Silverchain masih belum bersedia untuk terima sebarang tawaran sebab 'barang' sendiri belum siap, tak syok la kalau kita tak main lagu sendiri kan, dah ada nanti baru kita fikir macam mana," tambahnya.

Bercakap lanjut soal karier lakonannya, Wan bakal muncul dalam sebuah filem baharu iaitu 6 Jilake arahan pengarah tersohor, Aziz M. Osman tidak lama lagi.

Bakal ditayangkan pada April kelak, Wan memegang peranan sebagai antara watak utama filem tersebut yang turut dibintangi artis popular seperti Saiful Apek, Kazar Saisi dan Remy Ishak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram