PENYANYI tersohor negara, Datuk Jamal Abdillah, 65, atau nama lengkapnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali selamat menimang bayi perempuan kira-kira pukul 9.38 pagi Selasa.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri pelantun lagu Azura berkenaan yang nyata bersyukur atas kelahiran bayi ketujuhnya itu.
BACA LAGI: Lahad Datu 'takluk' Amerika, ungguli carta top 5 filem pilihan media antarabangsa
"Syukur alhamdulillah, bayi perempuan, terima kasih atas ucapan dan doa semua," ujarnya ringkas kepada Majoriti.
Isterinya, Zaiizatti Khiruddin selamat melahirkan bayinya di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.
Terdahulu, Jamal dan isterinya dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 6; El Isaac Yamani, 5; Iskandar Rayyan Yamani, 3; dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2.
Jamal juga mempunyai dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.
Ketika disoal berhubung jumlah zuriat dimahukan, penyanyi itu sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk memiliki 10 orang anak namun ia bergantung atas faktor rezeki dan kesihatan dikurniakan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram