Tak jadi single kedua Real XPDC, lagu SETIA jadi taruhan baharu Afiq Bruno bersama XTNT


  • Hiburan
  • Sabtu, 04 Jan 2025

Afiq Bruno merupakan bekas vokalis kumpulan Real XPDC.

KUMPULAN Real XPDC merupakan antara kugiran yang masih bergiat aktif memperjuangkan muzik rock industri tempatan.

Biarpun selera generasi kini lebih ke arah muzik K-Pop dan sebagainya, Real XPDC kekal menerajui muzik rock di samping lagunya yang cukup malar segar dalam ingatan pendengar.

Bekas vokalisnya, Afiq Bruno, 29, kini masih bergiat aktif dalam seni muzik biarpun sudah meninggalkan kumpulan itu sejak Februari lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Didakwa guna 'Mak Esah' elak tersingkir GV11, Arrora Salwa siap lalu bawah ampaian bukti bebas ilmu hitam

BACA LAGI: Akaun bank kena beku SPRM, Vivy Yusof syukur rezeki tak pernah putus, rakan siap hantar 'beef wellington'

Pengunduran dirinya daripada kumpulan itu disifatkan cukup terhormat oleh peminatnya selepas dia direhatkan beberapa bulan tanpa alasan kukuh ketika bersama Real XPDC.

0d0

Afiq (dua dari kanan) ketika bersama Real XPDC.

Pun begitu, Afiq atau nama sebenarnya Mohamad Afiq Nazeli sempat menghasilkan sebuah lagu berjudul SETIA ketika bernaung di bawah kumpulan tersebut.

Jelasnya, lagu itu asalnya diciptakan khas buat Real XPDC namun atas faktor jodoh tidak berpanjangan dengan kumpulan terbabit, karya itu disimpan untuk karier solonya.

Kini, Afiq menubuhkan sebuah kumpulan rock baharu dinamakan XTNT, sekali gus mengumumkan lagu SETIA sebagai hak ciptanya sendiri yang tidak lagi bersama Real XPDC.

"Pada awalnya, lagu SETIA dicipta khas untuk single kedua Real XPDC sewaktu masih lagi bersama band itu.

"Disebabkan jodoh tak panjang, jadi saya simpan lagu tu untuk dibawa sebagai penyanyi solo dan sekarang jadi single untuk XTNT.

"Tanpa ada ahli band, saya tubuhkan sebuah kumpulan baharu iaitu XTNT dan dibantu Amy Uks untuk permudahkan urusan rakam lagu SETIA versi baharu," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Afiq menerusi XTNT bakal melancarkan sebuah lagu baharu berbahasa Jepun tidak lama lagi.

Berkonsepkan heavy rock, lagu bertajuk Eliminate War itu dicipta hasil kerjasama dua pihak antara Malaysia dan penulis lirik dari negara berkenaan.

"Saya ambil langlah berani untuk keluar daripada kebiasaan, lagu Jepun sebab nak bawa muzik kita ke luar.

"Ramai yang dah ke Indonesia jadi saya cuba kolaborasi dengan penulis lirik otai dari sana, hasilkan lagu bermelodi heavy rock dan slow rock ala-ala Jepun," ujarnya.

Sementara itu, Afiq turut menubuhkan sebuah syarikat produksi muziknya sendiri iaitu Afiq Bruno Music Records (ABM Records) bagi membuka peluang buat pemuzik berbakat di luar sana berkarya di bawah labelnya.

Setakat ini, sebuah kumpulan dikenali sebagai Silverchain Band merupakan artis pertama bernaung di bawah syarikat berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram