Ego Sony 'jatuhkan' Nintendo, si genius Ken Kutaragi cipta cip berkuasa cetus konsol Playstation pertama di dunia


  • Hiburan
  • Rabu, 08 Jan 2025

Ken Kutaragi merupakan pencipta konsol permainan video Playstation.

SUDAH menjadi kelaziman buat generasi muda mahupun kanak-kanak bermain permainan konsol Playstation.

Ia bukan sahaja memberi kegembiraan, malah keterujaan buat individu yang bagaikan hayal di alam fantasi ketika bermain permainan video tersebut.

Namun, siapa sangka bahawa idea asal terciptanya Playstation berlaku tanpa disengajakan.

BACA LAGI: Asalnya syarikat sewa DVD, 2 sahabat sejati tubuhkan Netflix, kini 'tersenyum' raih lebih RM7 bilion saban tahun

BACA LAGI: Populariti The Rock di Hollywood bagaikan 'rezeki terpijak', tewaskan 2 lagi penggusti hebat WWE

Segalanya tercetus selepas seorang individu genius ini mencipta sejenis cip elektronik yang berupaya membawa revolusi baharu dalam dunia permainan video.

crs

Ken Kutaragi mencipta sejenis cip yang berupaya membangunkan sebuah konsol permainan baharu serba canggih.

Ken Kutaragi yang merupakan jurutera elektronik syarikat Sony ketika era 80an, mendapat ilham selepas melihat anak perempuannya bermain konsol video Nintendo yang menurutnya sangat menarik dan boleh ditambah baik.

Menurut Agensi, syarikat Nintendo terlebih dahulu menguasai sektor tersebut apabila kali pertama melancarkan permainan videonya pada 1983.

Sebaik konsol Super Nintendo dibangunkan, syarikat tersebut berdepan kesukaran apabila ketiadaan sejenis cip bunyi berkuasa yang diperlukan untuk melengkapkan permainan video tersebut.

Atas minat yang mendalam, Kutaragi kemudiannya mencipta sejenis cip berkuasa tinggi tanpa pengetahuan majikannya di Sony.

Pun begitu, hal tersebut diketahui oleh pihak syarikatnya selepas beberapa kali Ken dikatakan pulang lewat dari pejabat.

Melihatkan kecanggihan cip tersebut, presiden Sony, Norio Ohga membenarkan Ken membangunkan teknologi baharu itu dengan syarat ia menjadi hak milik Sony.

anz25Gb_700b

Norio Ohga merupakan pemilik syarikat Sony sekitar era 80an.

Mengetahui hal itu, Nintendo meminta Kutaragi untuk membangunkan sebuah konsol yang mampu dimainkan melalui cakera padat (CD).

Kutaragi asalnya tampil dengan idea penyatuan kedua-dua syarikat yang dinamakan sebagai Nintendo Playstation namun, Sony kekal dengan egonya untuk bergerak sendirian.

Hasil kajian diketuai Kutaragi, 1994 menyaksikan Sony berjaya menghasilkan Playstation pertamanya yang terjual lebih 100 juta konsol dalam tempoh 10 tahun.

Kutaragi kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sony yang sehingga hari ini menjadi nadi utama syarikat pengeluar teknologi tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram