Asalnya syarikat sewa DVD, 2 sahabat sejati tubuhkan Netflix, kini 'tersenyum' raih lebih RM7 bilion saban tahun


  • Hiburan
  • Isnin, 06 Jan 2025

Netflix diasaskan oleh dua sahabat iaitu Reed Hastings (kiri) dan Marc Randolp (kanan) pada 1997.

PEMINAT filem pasti tidak asing dengan platform perkhidmatan penstriman Netflix yang sememangnya menjadi pilihan utama masyarakat seantero dunia.

Menyediakan seleksi variasi filem terbaik antarabangsa, platform berbayar itu kian fenomena dalam kalangan pengguna yang lebih gemar menonton selain daripada di panggung wayang.

Namun, tahukah anda bahawa Netflix asalnya merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa DVD filem secara atas talian.

BACA LAGI: Populariti The Rock di Hollywood bagaikan 'rezeki terpijak', tewaskan 2 lagi penggusti hebat WWE

BACA LAGI: 'Intro' singa ikonik filem terbitan syarikat Hollywood rupanya pernah ditukar 5 kali, tercetus dari idea skuad olahraga universiti

Syarikat yang berpangkalan di Los Gatos, California, Amerika Syarikat itu mula ditubuhkan sekitar Ogos 1997 oleh dua usahawan yang juga merupakan rakan karib, Reed Hastings, 64, dan Marc Randolp, 66.

Beroperasi secara atas talian, Netflix menerima langganan daripada pembeli yang berminat untuk menonton filem dipilih dari katalog jualan disediakan.

nett

Netflix pada mulanya merupakan sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan sewa DVD filem.

Selang beberapa tahun kemudian, kemajuan teknologi melihatkan Netflix mula beralih ke fasa baharu apabila menyiarkan filem dan rancangan televisyen secara langsung ke rumah melalui internet.

Menurut laporan Agensi, jalinan kerjasama bersama pengeluar elektronik Blu-ray Disc dan konsol permainan video membolehkan pelanggan mendapat akses video terus ke peranti ataupun gajet tanpa batasan melalui jalinan.

Namun, memasuki tahun 2010, jenama Netflix mula kukuh di persada dunia selepas memperkenalkan langganan penstriman tidak terhad tanpa DVD dan ia kekal hingga ke hari ini.

image28-600x376

Netflix kini dilanggan lebih 190 buah negara serata dunia.

Netflix merupakan gabungan singkatan perkataan Internet dan Flix yang diilhamkan daripada dialek AS, Flicks yang membawa maksud filem.

Kini, Netflix sudah berkembang di 190 buah negara serata dunia dan dilaporkan mempunyai lebih 151 juta pelanggan berbayar setiap bulan.

Memasuki 2025 menyaksikan syarikat dimiliki dua sahabat sejati itu mempunyai seramai 6,700 pekerja di seluruh dunia dengan pendapatan diraih Netflix mencecah AS$1.7 bilion (RM7.7 bilion) setiap tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram