Tema rasuah dan alam sekitar penuhi ruang galeri, seni jalanan P. Pinang kini jadi tarikan pengunjung di KL


  • Hobi
  • Selasa, 07 Jan 2025

Seniman jalanan Cloakwork mempamerkan seninya di pameran 'Culture Shock' di Kuala Lumpur.

CULTPRINT, sebuah studio percetakan yang kini beroperasi sebagai ruang seni di Pulau Pinang membuat penampilan di Kuala Lumpur dengan pameran berkumpulan Culture Shock yang dikendalikan oleh artis Lithuania, Ernest Zacharevic.

Pameran tersebut menggabungkan pelbagai suara seni, menanamkan elemen seni jalanan yang menonjol dalam landskap budaya kota serta memberi peluang untuk meneroka ekspresi bandar yang mencabar pemikiran.

Pameran itu yang berlangsung sehingga 12 Januari di bekas kedai buku Czip+ di Jalan Telawi 3, Bangsar, memaparkan nama-nama terkenal dari dunia seni George Town dan Kuala Lumpur.

BACA LAGI:[VIDEO] Kedai western tutup gara-gara PKP, Fatimah bangkit buat bisnes nachos daging berempah salsa, raih RM2,000 sehari

BACA LAGI: [VIDEO] Melawan hukum alam berniaga Nasi Lemak Kangkung RM2 'portion' menimbun, Zila pernah kena 'sapu' PBT tapi kini sudah miliki kedai sendiri

3rd pix +++ Kenji Chai's 'Inner Chaos' (top) and a collaborative piece with cartoonist Azmi Hussin (bottom). - DARYL GOH/The Star

Kenji Chai’s Inner Chaos (atas) dan karya kolaboratif bersama kartunis dari Pulau Pinang, Azmi Hussin (bawah). — The Star/Daryl Goh

Mereka termasuklah Zacharevic yang juga mengasaskan Cultprint bersama seorang lagi artis Sheena Liam serta Azmi Hussin, Bibichun, Bono Stellar, Cloakwork, Kenji Chai, Low Chee Peng, Sliz, Tazone, Teebai dan Trina Teoh.

Karya-karya menarik daripada artis antarabangsa seperti Isaac Cordal (Sepanyol), Sam Lo (Singapura), Martha Cooper (Amerika Syarikat) dan Yok & Sheryo (Amerika Syarikat) turut menambah keunikan pameran berkenaan.

Zacharevic menyatakan bahawa Culture Shock adalah pameran secara berkumpulan pertama anjuran Cultprint di Malaysia selepas pameran mereka di ADDA Gallery, Ibiza, Sepanyol tahun lepas.

Sejak Cultprint berkembang menjadi ruang galeri, ia juga memperkenalkan program residensi (tahun lepas) yang bertujuan untuk membina rangkaian artis dan menggalakkan pertumbuhan kreatif mereka dalam komuniti yang menyokong.

5th pix +++ 'Culture Shock aims to break the convention of how art is shown and experienced,' says Zacharevic.

Pameran Culture Shock bertujuan untuk memecahkan konvensi tentang bagaimana seni dipersembahkan dan dialami.

“Kami adalah sekumpulan anak seni yang melakukan perkara secara berbeza berbanding galeri komersial.

"Sejak kami membuka galeri di Pulau Pinang awal tahun 2024, pameran kami telah menarik banyak pengunjung.

“Kami memutuskan untuk mengadakan pameran di Kuala Lumpur kerana ingin melihat sama ada cara kami memaparkan seni akan memberi kesan yang serupa kepada pengunjung di luar Pulau Pinang," katanya.

Galeri itu terbuka untuk semua jenis seni dengan adanya dek deejay, mesin percetakan T-shirt, dan pemasangan graffiti (spray can) menunjukkan kesediaan untuk menampung pelbagai minat seni.

Culture Shock disusun di dua aras yang menawarkan pengalaman berbeza iaitu aras bawah penuh dengan kolaborasi dinamik yang mencerminkan semangat energetik Cultprint dengan sentuhan humor dan spontaniti.

Pameran itu juga menyentuh tema-tema seperti rasuah, isu alam sekitar dan banyak lagi memberikan perspektif yang merangsang pemikiran.

Di galeri, anda akan menemui karya-karya dari Bono Stellar dan Cloakwork, dua artis berpusat di Kuala Lumpur dengan pendekatan yang berbeza.

Cloakwork membawa tag graffiti ikoniknya ke dalam galeri menggabungkan karya kanvas Cloak (dengan tema koboi, parti dan kerja) sementara Bono Stellar mengembangkan visual multidimensi yang biasa pada cermin.

7th pix +++ A range of works on display at 'Culture Shock', Cultprint's debut group exhibition in Malaysia.

Pelbagai karya dipamerkan di 'Culture Shock', pameran Cultprint yang pertama julung kalinya di Malaysia.

Writers’ Bench oleh Tazone, sebuah takhta luas yang diperbuat daripada tin semburan terpakai turut memberi petunjuk tentang sikap seni jalanan yang ditonjolkan dalam pameran itu.

Selepas naik tangga, pameran beralih ke ruang yang lebih tenang memberi pengunjung peluang untuk melihat karya seni yang lebih mendalam seperti Follow The Leaders oleh Isaac Cordal iaitu blok simen dengan patung kecil yang menjadi tumpuan di tingkat atas.

Pengunjung juga akan menemui kolaborasi menarik antara Sheena Liam dan Teebai dengan pakaian berbordir mereka, karya terbaru Azmi Hussin dan Kenji Chai The Great Escape serta fotografi oleh Martha Cooper dan Zacharevic dengan Lil Crazy Legs yang mencerminkan semangat kreativiti yang diterapkan oleh Cultprint.

Dengan lebih 50 karya seni dari 16 artis, pameran itu menawarkan pelbagai jenis karya termasuk patung, litograf, karya fotografi dan karya-karya unik yang disiapkan tangan.

“Culture Shock bertujuan untuk mendedahkan kepada umum tentang cara seni dipamerkan dan dihayati.

"Saya mahu menonjolkan barisan artis berbakat yang telah bekerjasama dengan studio kami setakat ini.

“Mereka datang dari pelbagai disiplin seni dan adalah satu penghormatan untuk membawa mereka semua bersama,” kata Zacharevic. — The Star/HANIS MAKETAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram