ISLAM mengajarkan umatnya untuk bekerja keras dan menjaga kebersihan tubuh sebagai sebahagian daripada ibadah dan amalan harian.
Salah satu cara yang sangat ditekankan oleh Rasulullah SAW adalah dengan menjaga kebersihan diri melalui wuduk.
Penulisan buku bertajuk 'Tangan-tangan yang dicium Rasul' oleh Dr. Ahmad Syaugy Ibrahim ada menjelaskan kelebihan wuduk bukan sahaja menjadi persediaan untuk solat tetapi juga memberikan banyak manfaat kesihatan yang mendalam baik dari segi fizikal mahupun emosi.
BACA LAGI: Hukuman sebat bukan sekadar peringatan, didik masyarakat bendung mukadimah zina — Pakar agama
Mencelupkan anggota tubuh ke dalam air ketika berwuduk dapat mengembalikan tubuh yang lemah menjadi lebih kuat. — Media sosial
Dia yang juga seorang doktor di Arab Saudi berkongsi, terdapat kajian saintifik membuktikan wuduk boleh mencegah pelbagai penyakit kulit dan meningkatkan kebersihan tubuh.
Jelasnya, sebagai contoh, rongga hidung mereka yang berwudhu secara teratur terbukti lebih bersih dari mikroorganisma yang biasa masuk melalui jari tangan.
Kongsinya, Rasulullah SAW pernah mengingatkan umatnya, "Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tidur, maka janganlah mencelupkan kedua tangannya ke dalam air sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali.
Jelas Syahyuti menerusi topik 'Kerana wuduk membuatkan kita lebih sihat' pada muka surat 81 itu menjelaskan hadis itu bukan sahaja mengajarkan manusia tentang kebersihan, tetapi juga memberi petunjuk mengenai cara untuk menghindari penyebaran bakteria yang boleh membawa penyakit.
Selain itu, membasuh tangan dan anggota tubuh lain secara teratur dapat menguatkan peredaran darah terutama di bahagian tubuh yang jauh dari pusat peredaran darah seperti lengan dan kaki, kongsinya.
Dia mengulas lanjut, mencelupkan anggota tubuh ke dalam air ketika berwuduk dapat mengembalikan tubuh yang lemah menjadi lebih kuat.
Katanya, air wuduk membantu menenangkan saraf dan otot, mengurangkan detak jantung yang terlalu cepat serta menghindari sakit otot, kecemasan dan insomnia (kesulitan tidur).
Bahkan katanya hanya dengan membasuh wajah dan kedua tangan dengan air juga terbukti sebagai cara yang efektif untuk relaksasi dan mengurangkan emosi yang tidak stabil.
Hal itu menjadikan wuduk bukan hanya satu amalan ibadah, tetapi juga satu bentuk terapi yang sangat baik untuk kesihatan fizikal dan mental.
Terdapat kajian saintifik membuktikan wuduk boleh mencegah pelbagai penyakit kulit dan meningkatkan kebersihan tubuh.
Dia menekankan Rasulullah SAW sangat menghargai kebersihan diri termasuk tangan yang merupakan anggota tubuh yang sangat sering digunakan dalam kehidupan seharian.
Baginda mengajarkan umat Islam untuk menjaga kebersihan tangan yang bukan sahaja untuk tujuan ibadah tetapi juga untuk memastikan kesihatan diri dan orang lain.
Dapat disimpulkan, Islam bukan sahaja mengajarkan manusia untuk menjaga kebersihan tubuh dari segi fizikal, tetapi juga memberi perhatian terhadap kesejahteraan mental dan emosi melalui amalan wuduk.
Dengan bekerja keras dalam menjaga kebersihan diri seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW, kita bukan sahaja dapat menghindari penyakit malah juga memperbaiki kesihatan secara keseluruhan.
Dalam erti kata lain, amalan wuduk bukan sekadar ritual ibadah tetapi juga suatu cara untuk menjaga kesihatan tubuh dan minda seseorang individu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram