BAGAI jatuh ditimpa tangga, seorang lelaki berdepan nasib malang apabila dirompak usai terlibat kemalangan di Bihar, India pada Jumaat.
Kejadian yang berlaku pada lewat malam itu membabitkan pemandu lori berkenaan yang dilaporkan tercedera akibat terbabas ke bahu jalan.
Mengalami kerosakan teruk, pemandu itu tersepit di kerusi pemandu yang meminta pertolongan orang ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] Cipta resipi 'pisang maut' bunuh kera liar, petani dikecam perosak habitat haiwan
Didatangi dua individu lelaki, pemandu itu kemudiannya dirompak selepas beberapa kali diugut untuk menyerahkan barangan berharta ketika kejadian.
Beberapa kali cuba merayu agar dirinya dibantu dan tidak dikasari, rayuannya tidak diendahkan apabila tangannya ditepis dan ditengking pelaku.
Gagal untuk melepaskan diri, mangsa yang berlumuran darah ketika itu terpaksa merelakan dirinya dirompak dengan dompet dan telefon pintarnya dirampas ketika kejadian.
Tular di laman sosial, kejadian tersebut kemudiannya dikongsikan di platfrom X dan mendapat tontonan ramai sejak Sabtu.
Selepas kemalangan di India, pemandu yang cedera tersepit di tempat duduknya. Daripada membantunya, beberapa orang mula merompak telefon bimbit, wang, dan barang-barang lain. https://t.co/YzQ7jBpGst
— Ulasan Rheahaha (@Rheahaha123) 3 Januari 2025
Namun, salah seorang saksi di ruangan komen menjelaskan bahawa insiden berkenaan berakhir dengan selamat apabila mangsa dihantar ke hospital oleh kedua-dua individu terbabit.
Jelasnya, kejadian yang sebenar adalah pelaku gagal mengawal kemarahan dan menyalahkan mangsa atas kecuaiannya yang mengakibatkan kemalangan ketika kejadian.
“Perkara yang sebenar adalah dua lelaki itu mengamuk dan memarahi pemandu, mereka merampas telefon pintar dan dompetnya supaya dia tidak boleh melarikan diri.
"Selepas itu, mereka bantu dan bawa mangsa ke hospital dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," ujar Awadh Tripathi.
Tiada kematian yang berlaku dalam insiden yang terlibat dengan mangsa kini difahamkan menerima rawatan di hospital. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter , Facebook , Instagram dan Telegram