KEBANYAKAN individu yang menghidap penyakit demensia atau dikenali sebagai nyanyuk mempunyai kelemahan dalam fungsi kognitif.
Dianggarkan seramai 139 juta orang menghidap penyakit tersebut di seluruh dunia menjelang 2050.
Meskipun begitu, menurut dua pakar kesihatan otak dari Universiti Binghamton, Amerika Syarikat (AS), terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kelemahan kognitif.
BACA LAGI: Tiada elemen negatif, pengurus perpustakaan MBPJ pentingkan integriti pilih buku untuk pembaca
BACA LAGI: Inisiatif tabung infak makanan PIBG sekolah elak calon SPM berlapar jawab peperiksaan
"Apa yang paling penting adalah anda perlu mencabar diri sendiri secara semula jadi apabila melakukan sesuatu perkara baharu," kata pakar neuropsikologi kognitif, Ian McDonough dan Michael Dulas.
Menurut pakar tersebut, ia sangat penting untuk membantu merangsangkan lobus frontal dan parietal otak.
Kedua-dua lobus itu berfungsi untuk menguruskan fikiran, pertimbangan dan perhatian.
Justeru, para penyelidik mendapati bahawa beberapa permainan video tradisional boleh memberikan rangsangan kognitif.
"Ironinya, anda mungkin sudah melatih otak anda dengan bermain permainan yang memerlukan usaha tetapi tidak dipasarkan sebagai ‘latihan otak'.
"Sebagai contoh, permainan seperti Tetris atau permainan strategi masa nyata seperti Rise of Nations menunjukkan peningkatan dalam fungsi kognitif pemain.
"Penyelidikan juga membuktikan bahawa bermain permainan video Super Mario 64 boleh meningkatkan fungsi otak," katanya.
Bagaimanapun, setiap aktiviti membantu meningkatkan fungsi berbeza dan kunci untuk terus mengekalkan kebolehan itu adalah dengan melakukan perkara yang mencabar minda.
"Jika anda seorang yang gemar dengan perkataan, cuba permainan berasaskan nombor. Jika anda suka matematik, pertimbangkan permainan kata-kata atau teka-teki.
"Melakukan aktiviti di luar keselesaan anda sekali gus memberi peluang terbaik untuk mengekalkan dan bahkan memperbaiki kognitif anda.
"Setelah anda mula merasa mudah dan biasa, itu adalah tanda bahawa sudah tiba masanya untuk menukar aktiviti atau permainan," tambahnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram