SATU kejadian rompakan berlaku membabitkan dua individu dipercayai pasangan suami isteri yang dirakam melarikan tabung derma di Padang Tembak, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.
Dua individu berkenaan terlebih dahulu datang menaiki sebuah motosikal dan berpura-pura untuk membeli barang di premis terbabit.
Namun, situasi berubah apabila lelaki tersebut bertindak melarikan tabung derma di kaunter selepas dirinya tidak disedari pekerja kedai runcit berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri mayat tanpa identiti, terapung lebih 24 jam dalam takungan air Dataran Seremban
BACA LAGI: [VIDEO] 'Allahuakbar', penduduk trauma lihat tanah runtuh hempap bumbung rumah sendiri di Kuala Krai
Seolah-olah sudah dirancang, isterinya menunggu di luar dan terus memecut laju usai suaminya tiba bersama tabung derma terbabit.
Kejadian dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan meraih perkongsian ramai di Facebook.
Dalam pada itu, komen warga maya merungkai kegiatan pelaku yang dikatakan telah lama menjalankan perbuatan terbabit di sekitar Kota Bharu.
Kedua-duanya sebelum ini turut tertangkap dalam rakaman CCTV yang melihatkan kejadian serupa berlaku di sebuah stesen minyak dekat Pengkalan Chepa, Kelantan sekitar September tahun lalu.
Perkongsian salah seorang warga maya berhubung kegiatan curi tabung dua individu berkenaan.
"Masa ni kesian nak buat laporan, periksa nombor pendaftaran motosikal mereka keluar alamat di Kampung Chepa, saya yakin orang yang sama," kata Firdaus Shukri.
"Laki bini nampak sihat tapi kerja curi tabung derma tahfiz, semoga polis dapat tangkap secepat mungkin." ujar Cahaya Muhammad.
"Kenapa pilih jalan ni, semoga jadi pengajaran untuk kita semua, itu kan tabung derma kenapa dicuri," tambah Mohamad Faris.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung insiden terbabit setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram