Inisiatif tabung infak makanan PIBG sekolah elak calon SPM berlapar jawab peperiksaan


  • Massa
  • Khamis, 02 Jan 2025

Beberapa calon SPM yang ditemani ibu bapa di kantin pada waktu rehat. — Gambar hiasan/Facebook

SELEPAS pelbagai bencana yang menimpa penduduk di beberapa kawasan, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dapat diteruskan dengan lancar.

Seperti dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, peperiksaan bertulis SPM yang bermula pada Khamis hingga 6 Februari nanti membabitkan 402,956 calon di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurutnya, peratus kehadiran calon SPM menunjukkan peningkatan dan hampir mencecah 100 peratus.

BACA LAGI: SPM tetap diteruskan, KPM bersedia bantu calon hadapi isu banjir

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa mati akal cari 2 anak didakwa disorok isteri hidap gangguan mental, kerap guna objek tajam cederakan diri

3097043

KPM bersedia untuk membantu mana-mana calon yang menghadapi masalah akibat banjir kilat atau perkara lain. — Gambar hiasan

Selain calon, para ibu bapa juga tidak terlepas memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka untuk menduduki peperiksaan dengan tenang.

Ramai ibu bapa turut berkongsi perasaan mereka ketika menemani anak mereka yang merupakan calon SPM di sekolah pada waktu rehat.

"Alhamdulillah, sekolah benarkan ibu bapa singgah sekejap ke sekolah waktu rehat.

"Syukur sekolah sediakan makan tengah hari untuk calon SPM," tulis pengguna akaun Facebook Muhamad Nasron Nasir.

Rata-ratanya gembira apabila pihak sekolah dapat melaksanakan inisiatif makanan percuma buat para calon SPM.

"Sekolah anak kami pun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) buka tabung khas, infak untuk makanan anak-anak.

"Semoga anak-anak tak lapar dan steady semasa menjawab peperiksaan," tulis Kamal Abu Bakar.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan (KPM) komited memastikan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dapat menduduki peperiksaan tersebut walaupun beberapa negeri kini berdepan bencana banjir kilat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh sebelum ini berkata, pihaknya bersedia untuk membantu mana-mana calon yang menghadapi masalah akibat banjir kilat atau perkara lain menerusi langkah dikenali sebagai Operasi Payung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram