[VIDEO] Kenali Iyah May, penulis dan penyanyi lagu Karmaggedon sarat lirik kontroversi tentang Covid-19, konflik Israel-Palestin


  • Hiburan
  • Jumaat, 03 Jan 2025

Iyah May merupakan penyanyi dan penulis Karmageddon yang meraih populariti apabila lagu terbaharunya menjadi tular. — Agensi

IYAH May, seorang penyanyi dan penulis lagu Australia, baru-baru ini meraih populariti apabila lagu terbaharunya, Karmageddon, tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran Instagram pada 19 November 2024, dia mendedahkan bahawa pengurusnya telah menamatkan kontrak selepas dia enggan mengubah lirik lagu tersebut.

Dalam lagu itu, May menyentuh isu seperti 'big pharma', 'virus buatan manusia', 'cancel culture', dan 'genosid'.

BACA LAGI: JAWI ambil tindakan sesuai ikut undang-undang isu zikir pelik di tanah kubur Danau Kota

BACA LAGI: Ahli Parlimen Sibu salur buku di 60 sekolah galak murid membaca, tambah koleksi perpustakaan

Menurut laman webnya, lagu tersebut membincangkan konflik Israel-Palestin, kekejaman terhadap wanita, naratif wabak, korupsi dalam institusi politik, farmaseutikal dan kesihatan serta kegelisahan sosial yang melanda dunia kebelakangan ini.

May atau nama sebenarnya ialah Marguerite Clark, dilahirkan di Cairns, Queensland sebelum berpindah ke Brisbane, menurut laporan Newsweek pada 31 Disember 2024.

Berdasarkan laman web itu lagi, May dibesarkan oleh ibu dan kakak-kakaknya di sebuah perkampungan di Far North Queensland, Australia.

Ketika menjadi pelajar perubatan yang di New York, Amerika Syarikat, May memulakan kerjaya muziknya.

“Didorong oleh kekecewaan terhadap dunia yang berpecah-belah, saya meluahkan kesedihan melalui lagu Karmageddon.

"Kerjaya saya sebagai doktor banyak terjejas, dan saya sangat terkesan secara peribadi. Untuk sekian lama, saya berasa terasing dengan pendapat saya sendiri.

"Lagu ini mencerminkan rasa tidak berdaya yang ramai daripada kita rasakan dalam masa-masa sukar ini,” katanya.

May juga mendakwa bertugas sebagai doktor barisan hadapan semasa pandemik Covid-19, seperti yang dilihat dalam foto dan video di Instagram.

Dia mendapat ilham menulis lagu Karmageddon berdasarkan pengalamannya dalam bidang perubatan.

Walaupun kehilangan pengurus dan kontraknya, Karmageddon menjadi tular dan menerima sokongan dari seluruh dunia.

Sementara itu, pengurus May masih belum memberikan sebarang komen mengenai isu terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram