Terima ugutan bunuh di media sosial, Baby Shima buat laporan polis


  • Hiburan
  • Selasa, 31 Dis 2024

Ugutan diterimanya di media sosial pasti akan memberi kesan terhadapnya secara peribadi dan terhadap kariernya.

PENYANYI sensasi tanah air, Baby Shima menerima ugutan bunuh daripada seorang individu tidak dikenali di media sosial.

Ugutan tersebut dikongsikan artis yang nama sebenarnya Nor Ashima Ramli menerusi hantaran di akaun Instagram peribadinya berserta tangkap layar memaparkan komen difahamkan daripada seseorang dari Sarawak.

"Sekali lagi kau masuk ke Sarawak, musuh kau akan menyasarkan kau! Jangan kembali ke Semenanjung sebagai mayat! Jaga diri, Baby Shima," kata komen tersebut.

BACA LAGI: Hanya sebab berpakaian sopan, Baby Shima panas hati dituduh penunggang agama

BACA LAGI: Ziarah kubur Kristian: Baby Shima akui baca setiap komen yang mengecam dirinya

Enggan berdiam diri, penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan lagu berjudul 'Bujang Sarawak' bertindak membuat laporan polis.

"Shima baru sahaja menerima ugutan bunuh daripada seseorang dari Sarawak. Saya meminta kerjasama Polis Sarawak dan Polis Diraja Malaysia. Saya kini dalam perjalanan ke balai polis," katanya.

Penyanyi kelahiran Masai, Johor itu turut memuat naik beberapa keping gambar milik individu yang membuat ugutan tersebut terhadapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram