BIARPUN sudah dua hari selesai persembahan, penyanyi kontroversi Baby Shima masih lagi menerima teguran tentang penampilannya saat membuat persembahan di sebuah acara di Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu.
Terbaharu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 30, memuat naik komen yang dipercayai daripada ahli politik yang mengatakan dirinya sebagai penunggang agama.
Bukan sahaja penampilan, malah genre muzik Baby Shima yang kerap menyanyikan lagu dangdut sebagai menjual agama.
"Baru Shima tau selama ini Shima nyanyi dangdut untuk tunggang agama.
"Rasanya dangdut tak ada pula tunggang agama," katanya di media sosial.
Tangkap layar komen individu dikenali sebagai Abdul Rahman buat Baby Shima.
Di samping meluahkan pandangannya di Instagram, Baby Shima memuat naik tangkap layar komen individu dikenali sebagai Abdul Rahman bersama profil Facebook mendakwa lelaki terbabit Pemuda PAS Kok Lanas dan Kuantan.
Pada masa sama, Baby Shima turut mengkritik parti politik berlandaskan agama Islam itu.
"Hebat tuan haji PAS ini, yang Shima tahu politik tuan haji yang jual agama. Semalam cakap kita jual agama sebab majlis Israk Mikraj kita bersopan, pastu cakap kita tunggang agama sebab kita dangdut pula," luahnya.
Penampilan Baby Shima pada kebiasaan persembahan nyanyian.
Sementara itu, berdasarkan tinjauan Majoriti di ruangan komen melihat rata-rata menasihatkan Baby Shima agar menganggap perkara itu sebagai teguran untuk memperbaiki diri bagi menjadi lebih baik.
"Dia tegur amik (ambil) yang baik teguran dia itu. Tak yah (tidak perlu) nak cari pula salah dia dan balas balik. Dah kau yang buat benda tidak betul. Rasa nak tutup kau tutup rasa nak buka kau buka.
"Orang jemput kau ke majlis, kau p (pergi) dan pakai ikut keperluan majlis, sebab apa, sebab bayaran yang kau kejar, bertutup litup tu sebab bayaran dan keperluan majlis bukan sebab keperluan agama.
Antara komen pengguna media sosial yang ditinggalkan pada perkongsian Baby Shima di Instagam.
"Kalau kau tidak boleh terima teguran dia kau diam buat tak tahu sudah. Ini tidak kau balas balik. Lepas itu penyokong kau sokong kau yang terang-terang salah dan bidas orang itu.
"Kau pakai apa pun terjojol sana sini pun penyokong kau tetap mengiyakan apa kau buat, apa kau cakap. Fikir-fikirkan," pesanan seorang pengguna media sosial.
Untuk rekod, dalam majlis tersebut Baby Shima mengenakan baju kurung potongan moden dengan padanan tudung labuh gabungan warna putih dan keemasan termasuk mempersembahkan selawat Nabi Muhammad SAW. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram