Tragedi nahas Ayer Keroh: 2 beradik yatim piatu menangis dapat tahu ibu bapa, adik terkorban


  • Massa
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Pada 23 Disember, adik, ibu bapa dan kedua-dua datuk serta nenek mereka terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara).

DUA beradik yang terselamat dalam nahas tragis di Ayer Keroh Melaka, baru-baru ini sudah dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa dan adik mereka oleh doktor di Hospital Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan adik perempuannya Sofea Humaira, 4, menangis sebaik mengetahui nasib menimpa keluarga mereka pada Jumaat.

"Doktor dan saudara mara berada di sisi dua beradik ini dan terpaksa menenangkan mereka. Kami terpaksa menyembunyikan kebenaran kerana adik-beradik itu sedang menjalani rawatan dan hanya memaklumkan kepada mereka apabila kesihatan mereka stabil," katanya pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Tayar treler tercabut punca nahas ragut 7 nyawa termasuk kanak-kanak di Lebuhraya PLUS

BACA LAGI: Tiga sefamili maut, nahas babit 2 kereta dekat simpang masuk ladang di Mersing

Beliau berkata, pemeriksaan kesihatan susulan termasuk penilaian psikiatri akan dirujuk ke Hospital Serdang di Selangor.

Tambah Hee Sem, dua beradik itu akan diserahkan kepada datuk dan nenek mereka di Bandar Baru Bangi selepas mereka dibenarkan keluar pada petang Sabtu sebaik keadaan kesihatan kedua-duanya bertambah baik.

3086220

Kemalangan pada Jumaat itu menyebabkan tujuh maut dan 33 cedera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya itu turut melawat dua beradik itu di Hospital Melaka pada Sabtu dan menyampaikan sumbangan.

Pada 23 Disember, adik mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan yang berusia dua tahun, bersama ibu bapa Khairul Izwan Mazupi dan Fadzlenna Ramli, kedua-duanya 32, serta datuk dan nenek mereka Ramli Ab Wahab, 66, serta Fauziah Jaafar, 69, terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara).

Tayar hadapan sebuah kenderaan berat menghala ke selatan yang tercabut menjadi punca kemalangan tersebut yang berlaku kira-kira pada pukul 8.40 malam berhampiran kawasan Rehat dan Rekreasi Ayer Keroh.

Mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sedang menuju ke Bandar Baru Bangi apabila berlaku perlanggaran antara dua kereta, sebuah treler, lori, dan bas persiaran.

Bas persiaran yang membawa 27 penumpang itu melanggar tayar yang bergolek di tengah-tengah lebuh raya dan rempuhan terbabit menyebabkan pemandu bas berkenaan hilang kawalan, terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain.

Pemandu bas Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66, turut terbunuh.

Kemalangan itu menyebabkan tujuh maut dan 33 cedera. — The Star/RSN Murali

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram