Tak sangka strategi 'fyp' berjaya, Sarah Suhairi mahu terus hasil lagu trend TikTok


  • Hiburan
  • Rabu, 11 Dis 2024

Populariti Sarah Suhairi meningkat naik selepas menjuarai program realiti Big Stage pada 2018.

LAGUNYA sering diguna pakai dalam hantaran video di TikTok, penyanyi Sarah Suhairi, 24, tidak sangka karyanya diminati ramai generasi muda.

Jelas bekas juara program realiti Big Stage 2018 itu, dia sama sekali tidak mensasarkan lagunya menjadi trend di TikTok namun, perkara itu menurutnya mungkin boleh dijadikan strategi untuk karyanya pada masa akan datang.

BACA LAGI: Lama tak dengar khabar, Najwa Latif rupanya pensyarah Bahasa Inggeris UiTM Dengkil

BACA LAGI: 'Dengan Luqman Podolski pun kena tinggal', Aina Abdul menjunam ke tangga 41 carta Penyanyi Popular Malaysia 2024

"Tulah tak sangka sebenarnya boleh trend dekat TikTok tapi saya tak nafi yang strategi itu boleh digunakan sebab sekarang zaman media sosial.

"Apa-apa pun memang cepat naik di fyp TikTok dan saya syukur lagu saya ramai yang boleh terima walaupun 'catchy' je rentak dan lirik.

"Saya akan terbitkan lagu baharu mungkin lebih kurang juga dengan melodi sesuai di TikTok, InshaAllah Januari nanti dilancarkan dan saya impikan untuk ada 'playlist' lagu sendiri satu hari nanti," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Sarah turut berkongsi soal kehidupan rumah rumah tangga yang dibinanya pada Julai lalu yang menurutnya sangat bahagia di samping suami dan tiga anak tirinya.

"Al hamdulillah kehidupan selepas berumah tangga semuanya okay, syukur dapat suami yang sangat menyokong apa yang saya ceburi, setakat ni kalau ada apa-apa 'event' suami akan teman saya.

"Dengan anak-anak pun saya tak terasa janggal sebab kami macam bestie, sebab usia pun hampir sebaya jadi seornok kalau keluar berborak pun macam rapat sangat.

"Setakat ni karier nyanyian dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tiada apa-apa halangan, suami banyak membantu itu yang saya syukur sangat-sangat," ujarnya.

Terdahulu, Sarah dan suaminya, Aswad Anuar, 39, berkahwin pada 16 Julai lalu selepas lebih empat tahun menyulam cinta sejak 2020.

Aswad yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UTM) sebelum ini pernah berkahwin pada 2008 namun bercerai sejak lima tahun lalu.

Hasil perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan tiga orang cahaya mata yang kini berusia 14, 10 dan lapan tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram