Lebih ramai penguatkuasa PBT Selangor akan dilengkapi kamera badan


  • Massa
  • Selasa, 10 Dis 2024

Anggota penguatkuasa PBT Selangor akan dilengkapi kamera badan.

CADANGAN untuk menambah bilangan pegawai penguatkuasa dilengkapi kamera badan dalam kalangan PBT Selangor akan diambil kira.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Ng Suee Lim berkata, perkara itu akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan bajet setiap majlis.

BACA LAGI: [VIDEO] Semai perpaduan rakyat Malaysia, pemandu e-hailing Cina nyanyi lagu Melayu hiburkan penumpang

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa 2 anak buntu cari kerja tebal muka tahan kereta polis mahu jual G-Shock RM100

“Kamera badan akan membolehkan semakan dan imbangan pada pasukan penguatkuasa dan boleh membantu menangani konflik serta isu salah faham.

“Kita akan semak PBT mana yang mempunyai bajet termasuk kebaikan dan keburukan pelaksanaan cadangan itu.

“Saya tidak dapat membuat keputusan pada masa sekarang.

“Pada Januari atau Februari, saya akan mengadakan mesyuarat dengan majlis tempatan dan kita akan lihat apa yang boleh kita lakukan,” kata Suee Lim semasa taklimat mengenai kadar cukai taksiran di Wisma Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

kame

Ng Suee Lim berkata, cadangan kelengkapan kamera badan dalam kalangan anggota PBT Selangor akan dipertimbangkan.

Beliau dalam pada masa sama turut mengulas kes artis tempatan yang mendakwa dirakam oleh pegawai Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) ketika sedang mengurut di sebuah pusat urut.

“Saya ingin memohon maaf atas insiden yang berlaku, terdapat beberapa kelemahan, kesilapan dan salah faham yang berlaku.

“Kami tidak mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas tentang bagaimana operasi penguatkuasaan harus dijalankan.

“Dalam kes ini, operasi dijalankan di rumah urut yang tidak mempunyai lesen sah.

“Saya akan cuba menangani situasi itu dengan sewajarnya dan mengambil tindakan untuk mengurangkan kejadian serupa daripada berulang,” tambahnya.

Terdahulu, artis berkenaan memuat naik hantaran di laman sosial peribadinya berkaitan hal tersebut dan menuntut permohonan maaf daripada pihak berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota penguatkuasa berdepan provokasi semasa kejadian dan artis itu dikatakan gagal mematuhi arahan apabila diminta kad pengenalan diri.

Kedua-dua pegawai MBSJ dan artis itu membuat laporan polis selepas kejadian itu tular di media sosial.

Pada Januari tahun lalu, Exco kerajaan negeri Selangor Ng Sze Han, yang ketika itu pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan Selangor, menjelaskan bahawa pihak berkuasa tempatan dengan pasukan penguatkuasa dilengkapi kamera badan kerap berdepan pertengkaran dengan orang awam.

Katanya, isu perbalahan antara pegawai dan orang awam berkurangan apabila pegawai penguatkuasa memakai kamera badan.

Ketika ini, hanya beberapa pihak berkuasa tempatan di negeri ini telah memperkenalkan kamera badan untuk anggota penguatkuasa atas faktor kos yang terlalu tinggi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram