[VIDEO] Sudah bermaafan, penjual teh ais rayu Presiden Prabowo tolak peletakan jawatan Gus Miftah


  • Benua
  • Selasa, 10 Dis 2024

Penjual teh ais, Sunhaji merayu agar Presiden Indonesia segera menolak peletakan jawatan Gus Miftah.

USAI dihina dan dipersenda di khalayak ramai, penjual teh ais dikenali sebagai Sunhaji merayu agar Presiden Prabowo Subianto menarik semula peletakan jawatan Gus Miftah sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.

Jelasnya menerusi hantaran video pada Isnin, dia sudah pun bermaaf-maafan dengan individu berkenaan dan meminta agar peluang kedua diberikan buat Miftah.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas hina penjual teh ais, satu per satu perangai Gus Miftah terbongkar termasuk tunjal kepala isteri

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas kena kecam satu Indonesia, Gus Miftah tampil minta maaf bergurau kasar dengan penjual teh

"Saya Sunhaji, sudah memaafkan Gus Miftah dan saling memaafkan satu sama lain, saya mohon kepada bapak Prabowo untuk menolak pengunduran dirinya.

"Saya harap Gus Miftah tidak diundurkan dari kabinet Indonesia, saya sudah memafkan dia," katanya sambil menangis teresak-esak.

@detikcom

Penjual es teh, Sunhaji, meminta Presiden Prabowo Subianto menolak pengunduran diri Gus Miftah dari Utusan Khusus Presiden. Meski diolok-olok, Sunhaji mengaku sudah memaafkan Gus Miftah. Baca berita menarik lainnya hanya di detik.com! Creator: Tyana #detikcom #Gusmiftah #viral #videoviral #sunhaji #Prabowo #Presidenprabowo #penjualesteh

♬ original sound - detik.com

Terdahulu, Prabowo Subianto menyokong keputusan Miftah Maulana Habiburrahman yang lebih dikenali sebagai Gus Miftah untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden bagi Kerukunan Beragama dan Pembinaan Kemudahan Keagamaan Indonesia.

Prabowo menyifatkan peletakan jawatan itu sebagai satu tindakan bertanggungjawab selain turut mengesahkan bahawa penggantinya akan dilantik dalam waktu terdekat.

Terdahulu, penceramah terkenal itu meletakkan jawatan selepas tindakannya yang didakwa sengaja menghina penjual teh ais semasa ceramahnya di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia menerima kecaman hebat di laman sosial.

Akur dengan desakan ramai, Miftah kemudiannya melepaskanjawatan disandang dan telah memohon maaf ketika mengunjungi rumah penjual tersebut di Magelang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram