RAKAMAN sidang kemuncak Liga Arab 2008 di Damsyik, Syria kembali menjadi bualan hangat warga maya susulan kemelut kejatuhan beberapa pemimpin Arab kebelakangan ini.
Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dalam ucapannya ketika itu memberikan amaran keras terhadap beberapa pemimpin Arab lain berhubung ancaman kejatuhan yang bakal dihadapi.
Semasa sidang kemuncak itu, Gaddafi menyatakan kebimbangannya terhadap masa depan negara-negara Arab selain turut meramalkan bahawa ramai pemimpin akan berdepan tentangan dalam pemerintahan mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Gempa bumi Syria: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan
Bashar al-Assad ketawa apabila Gaddafi memberi amaran kepada pemimpin pada sidang kemuncak Liga Arab 2008 di Damsyik bahawa sesiapa sahaja daripada mereka boleh digulingkan seterusnya. pic.twitter.com/Ii3eSfjwax
— MYNEWSHUB (@mynewshub) December 10, 2024
Namun, pesanannya ditertawakan ramai dan salah seorang daripadanya adalah Presiden Syria, Bashar al-Assad yang kini berdepan dengan konflik pemberontakan rakyat di negaranya.
Selang 16 tahun kemudian, kata-kata Gaddafi itu bagaikan sumpahan apabila satu demi satu pemimpin Arab kini mula hilang kuasa dek kerana konflik peperangan serta politik dalaman dihadapi.
Kejatuhan beberapa pemimpin termasuk Gaddafi sendiri yang mati dibunuh pada 2011 dianggap sebagai petanda besar bahawa negara-negara Arab kini dalam ancaman bahaya.
Buktinya, Assad kini berdepan cabaran ketidakstabilan politik yang sama seperti diramalkan Gaddafi sebelum ini.
Pada November lalu, pakatan pemberontak Syria melancarkan beberapa serangan terhadap kerajaannya dengan tujuan untuk menjatuhkan Assad.
Kesannya, pemimpin itu dilaporkan melarikan diri ke Moscow, Rusia dan diberikan penempatan sementara oleh kerajaan negara terbabit atas pertimbangan kemanusiaan terhadap Assad dan keluarganya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram