[VIDEO] Tempoh 'rehat' buka pintu rezeki, Ustaz Don tampil duet Selawat Miraie dengan Lah Ahmad


  • Hiburan
  • Jumaat, 06 Dis 2024

Ustaz Don menganggap peristiwa pahit yang melanda dirinya sebagai pengalaman berharga untuk lebih peka dalam menyampaikan dakwah.

PENDAKWAH selebriti terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid, 40, menganggap kontroversi terpalit dirinya sebelum ini sebagai pengalaman berharga untuk terus berdakwah.

Pernah direhatkan daripada bersiaran di sebuah stesen televisyen kerajaan pada Jun lalu, Ustaz Don menjelaskan dirinya masih dalam keadaan baik dan semakin bertambah rezeki usai peristiwa tersebut.

BACA LAGI: 'Ustaz Don juruacara Salam Baitullah, bukannya penganalisis atau penceramah

BACA LAGI: Ustaz Don tak langgar prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah tapi ungkapan '1st love' kurang sesuai — Majlis Akademi Islami

"Never feel better, Alhamdulillah semua semakin baik, apa yang saya lalui dalam hidup saya dibandingkan dengan sebelum ini, hidup saya indah.

"Saya seronok kongsi dengan semua orang ilmu yang saya ada, pengalaman itu cukup mematangkan dan anggap ia pengajaran berguna buat saya.

"Saya ada terbitkan sebuah buku dan lagu duet buat pertama kalinya bersama Lah Ahmad.

"Tak ada siapa pun yang tau lagi sebab tak diuar-uarkan, tapi baru saja lancar di YouTube dan setakat ini ada kira-kira 18,000 views," katanya di majlis ulang tahun Suria 17 tahun di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Bercerita lanjut soal lagu tersebut, melodi dan rentaknya diinspirasikan daripada lagu popular Jepun, Miraie Kiroro yang satu ketika dahulu cukup popular dalam kalangan remaja.

"Saya tak sangka dia (Lah) sudi nak nyanyi dengan saya, lirik ditulis oleh saya dan part korus saya nyanyikan, selebihnya duet dengan Lah Ahmad.

"Di YouTube tulis sahaja Selawat Mirai'e, nanti ada keluar situ boleh la dengarkan," katanya.

Terdahulu, pendakwah selebriti itu disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu berdasarkan beberapa aduan diterima Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ia berikutan kenyataan mengelirukan mengenai ibadah berpuasa pada hari tasyrik yang didakwa bercanggah dengan tuntutan syarat mengacarakan program Salam Baitullah di RTM sebelum ini.

Kesannya, tauliah mengajar Ustaz Don di Selangor ditarik balik oleh pihak JAIS. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram