MUZIK dan makanan merupakan dua perkara paling digemari seluruh masyarakat Malaysia dengan ia sentiasa menjadi 'peneman' sejati di setiap masa.
Bahkan, kedua-dua perkara itu dikatakan mempunyai persamaan dari segi trend yang kerap kali berkait rapat dengan peredaran zaman.
Buktinya, beberapa hidangan kegemaran rakyat Malaysia tahun ini dikatakan mengambil inspirasi daripada lagu popular yang menjadi siulan masyarakat seluruh dunia.
BACA LAGI: Kekal relevan bersama Barbarik, Mus May ‘tapau’ industri rock lebih 3 dekad bergelar rockers
BACA LAGI: 'This is ours Malaysia', pelakon Siti Saleha ranggul anugerah Bintang Asia Terbaik di Seoul
Platform e-hailing terkemuka, Foodpanda menyenaraikan lima lagu popular seiring hidangan kegemaran rakyat Malaysia 2024.
1. Espresso – Sabrina Carpenter
Kopi Espresso Spanish Latte dari Zus Coffee merupakan kegemaran ramai dan paling kerap dinikmati penggemar kopi di serata negara tahun ini.
Kaya dengan rasa krim dan aroma kopi asli, menjadikan minuman ini pilihan terbaik untuk setiap individu memulakan pagi hari dengan lebih bertenaga.
Espresso merupakan lagu nyanyian penyanyi popular, Sabrina Carpenter yang kini hit di carta antarabangsa.
2. Birds of a Feather – Billie Eilish
Hidangan Ayam Gepuk Pak Gembus merupakan santapan istimewa yang menjadi kegemaran setiap golongan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Kerangupan ayam goreng dipadankan dengan kubis segar serta sambal pedas menjadikan ia pilihan tepat untuk dinikmati bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan.
Seperti dinyatakan dalam lirik lagu Birds of a feather flock together nyanyian Billie Eilish, ia menjadi simbolik kepada hidangan tersebut yang mampu membawa rasa sempurna pada hidangan berkenaan.
3. Good Luck Babe – Chappell Roan
Restoran Double Luck merupakan antara tarikan destinasi penggemar makanan barat di Keningau, Sabah.
Hidangan ayam kepak disaluti bawang putih yang digoreng rangup, menjadikan ia sebagai menu pilihan khususnya di platform e-hailing yang sangat sesuai dinikmati sekeluarga.
Lagu Good Luck Babe nyanyian Chappell Roan dikatakan cukup sinonim dengan restoran tersebut ekoran perkataan 'Luck' yang membawa maksud positif bagi setiap pilihan menu di premis berkenaan.
4. Too Sweet – Hozier
Pencinta manisan pastinya tidak asing dengan hidangan ais krim dan minuman dari francais Mixue.
Ais krim O-Crispy Sundae menjadi pilihan masyarakat Malaysia bukan sahaja kanak-kanak malah dewasa turut menggemari hidangan pencuci mulut tersebut.
Gabungan biskut rangup dan ais krim perisa vanilla yang lembut, memberikan rasa yang sempurna.
6. APT – Rose, Bruno Mars
Restoran Seoul Chicken cukup terkenal dengan identiti hidangan Korea Selatan yang cukup popular dalam kalangan generasi muda.
Selain menawarkan menu Korea, hidangan seperti Nasi Ayam Penyet dan Kari Ayam turut menjadi keistimewaan buat setiap pelanggan di restoran berkenaan.
Ditambah pula dengan populariti lagu APT nyanyian Rose Blackpink dan Bruno Mars, mencetuskan lagi fenomena hidangan lazat Korea di Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram