Pelakon Lan Zailan hidap kanser pankreas tahap 4, doktor sahkan cuma mampu bertahan 3 bulan


  • Hiburan
  • Khamis, 05 Dis 2024

Lan Zailan disahkan menghidap kanser tahap empat dan kesihatannya semakin merudum.

PELAKON veteran Lan Zailan, 66, atau nama lengkapnya Zailan Kamaruddin disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat selepas seminggu menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini.

Menerusi perkongsian WhatsApp, isterinya, Ruby Sara Omar memaklumkan hal itu usai diberikan penjelasan oleh doktor yang merawatnya.

Katanya, sel kanser tersebut sudah merebak ke bahagian organ lain dan mengakibatkan kesihatan suaminya semakin merosot.

BACA LAGI: Peserta hampir menang RM1 juta, Roda Impian antara rancangan TV 'game show' popular era 90an

BACA LAGI: Salji terburuk dalam sejarah 52 tahun, Ryzal Ibrahim, Aiman Tino antara artis terkandas di Korea Selatan

"Ruby nak beritahu bahawa doktor dah sahkan Lan menghidap kanser pankreas tahap empat.

"Menurut doktor jangka hayat tiga bulan sahaja tapi itu kata doktor sebab kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru.

"Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan, jika ada salah silap, mohon maafkan dia," katanya.

Terdahulu, Lan dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan selepas kesihatannya difahamkan semakin merudum sejak Oktober lalu.

Mendakwa dirinya kurang menerima tawaran berlakon sejak setahun lalu, pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu sebelum ini terpaksa menjual kereta kesayangannya, Daihatsu Caharade dengan harga RM5,000 bagi menampung kehidupan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram