[VIDEO] 'Macam biasa rumah dia tak masuk air', kajian pemilik rumah di Pasir Puteh terbukti berkesan setiap kali musim banjir


  • Tular
  • Jumaat, 29 Nov 2024

Kali kedua tular sebuah rumah di Kampung Bukit Abal yang dipercayai rumahnya masih lagi tidak dimasuki air banjir pada kali ini.

KALI kedua tular sebuah rumah di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan yang dipercayai rumahnya masih lagi tidak dimasuki air banjir pada kali ini dengan hanya bermodalkan benteng 'plywood' ditutupi plastik.

Tindakan bijak oleh pemilik rumah berkenaan dilihat mampu menghalang air banjir dari memasuki kawasan rumahnya dan kini mendapat perhatian warga maya.

Video tular itu dimuat naik di laman Tiktok oleh seorang pengguna yang dikenali @ise1199 dipercayai juga penduduk setempat di Kampung Bukit Abal.

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi banjir, lelaki maut kena renjatan elektrik ketika tutup suis mesin basuh di Pasir Puteh

BACA LAGI: [VIDEO] Polis giat buru 4 suspek samun bersenjata di premis beli hasil sawit di Bukit Selambau

Menerusi video berdurasi 30 saat itu memaparkan kawasan kampung itu sudah dinaiki air dan tenggelam sementara hanya rumahnya dan beberapa yang lain di kawasan sama sahaja yang dilihat selamat tidak dimasuki air.

Difahamkan pemilik rumah berkenaan menggunakan kayu 'plywood' dan juga plastik kanvas bagi persediaan menghalang banjir tanpa memerlukan modal yang besar.

Warga maya berpendapat tindakan itu perlu dicontohi oleh jiran-jiran yang dan penduduk yang berada dikawasan rendah bagi memghalang banjir memasuki kawasan rumah.

Meninjau di ruangan komen, salah seorang pengguna @mrsevass berkata, "Setiap tahun rumah dia sahaja yang dilihat mempunyai inisiatif bagi mengelakkan rumah dimasuki banjir, rumah-rumah lain pula bagaimana?" katanya.

Ada juga yang mempersoalkan keadaan rumah pemilik individu tersebut kelihatan tidak ditakungi air banjir.

"Air banjir di luar dan tak memasuki kawasan rumah kerana buat benteng? Tapi hujan lebat disekeliling macam mana air tak masuk?," komen mekyaaa_1412.

"Tetap pelik kenapa orang lain tak contohi pemilik rumah tersebut?

"Padahal contoh dah ada depan mata atai orang-orang kita betul-betul pasrah 100 peratus?, komen @bulatmcmdonut.

Terdahulu, sebuah video memaparkan pemilik rumah berkenaan pernah tular pada dua tahun lalu kerana rumahnya sahaja dilihat tidak dibanjiri air banjir gara-gara membuat benteng bagi menghalang bencana tersebut.

Media melaporkan situasi banjir terkini di Kelantan hampir lumpuh dan berada dalam situasi membimbangkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram