BERTEPATAN dengan ulang tahun Suria pada 24 November lalu, Suria FM bakal mengadakan sambutan Suria 17 Tahun, Suria Penuh Memori pada Jumaat ini dengan mengadakan dua sesi siaran langsung TikTok yang berlangsung pada 9 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 5 petang.
Sesi siaran langsung itu akan disiarkan secara langsung di TikTok @SuriaMalaysia yang mana pendengar berpeluang memenangi cendera hati eksklusif Suria edisi terhad berupa t-shirt dan totebag.
Mengulas mengenai acara istimewa itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), berkata, Sambutan Suria 17 Tahun bukan sahaja meraikan ulang tahun, tetapi turut meraikan kejayaan Suria yang berjaya menarik lebih 3.3 juta pendengar setiap minggu, berdasarkan keputusan GFK yang diumumkan pada baru-baru ini.
BACA LAGI: Dinobat Rancangan Agama Radio Terbaik, Suria FM julang trofi di Anugerah Seri Angkasa 2024
BACA LAGI: Peminat Masdo sporting habis! Lebih 10,000 meriahkan Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai
Suria FM akan mengadakan dua sesi siaran langsung di TikTok pada Jumaat ini.
"Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan Suria sangat berbesar hati untuk berkongsi detik istimewa ini bersama pendengar setia kami.
"Sebagai tanda penghargaan kepada para pendengar, Suria berbesar hati ingin memberikan hadiah barangan eksklusif Suria edisi terhad kepada pendengar menerusi live TikTok yang bakal diadakan.
"Kami berharap acara ini akan terus mengeratkan hubungan bersama pendengar setia, terutama mereka yang menyokong kami sejak awal penubuhan Suria FM lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendengar, rakan media, dan semua pihak atas sokongan yang berterusan selama 17 tahun.
"Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini tidak mungkin tercapai dan sambutan Suria 17 Tahun ini menjadi bukti komitmen Suria FM untuk terus memberikan kandungan terbaik kepada semua pendengar di masa hadapan," tambahnya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia; Instagram @suriamalaysia; Facebook @SuriaMalaysia; TikTok @suriamalaysia; Youtube SuriaTV dan X @suria_malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram