Pasang impian jadi usahawan sejak kecil, nenek jadi inspirasi Tiara Jacquelina harungi dunia bisnes


  • Bizz
  • Selasa, 03 Dis 2024

Tiara dikenali dengan kehebatannya dalam lakonan, penerbitan termasuk mengarahkan pelbagai filem serta muzikal. 

PUAN Sri Tiara Jacquelina merupakan salah seorang penghibur Malaysia yang dikenali dengan kehebatannya dalam lakonan, penerbitan termasuk mengarahkan pelbagai filem serta muzikal.

Namun, tidak ramai yang mengetahui penglibatan beliau sebagai usahawan.

Dalam satu temu bual bersama StarBiz, Tiara berkongsi minat awalnya dalam dunia perniagaan dan projeknya, Dream Forest Langkawi yang terletak di Langkawi, Kedah.

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

BACA LAGI: 'Usaha tidak khianati hasil', persepsi negatif tak jadi penghalang Faeeza Noor sukses buka butik pakaian, aksesori di Semenyih

Snapinsta.app_418827132_3262484887385070_1880185263382428111_n_1080 (1)

Dream Forest Langkawi merupakan salah satu projek Group Enfiniti.

Tahniah atas pencapaian luar biasa ini! Bagaimana rasanya diiktiraf sebagai Best Immersive Experiences Entrepreneur of the Year (daripada SME and Entrepreneurs Business Awards)?

Terima kasih banyak! Ia benar-benar mengujakan. Diiktiraf sebagai Best Immersive Experiences Entrepreneur of the Year adalah satu penghormatan besar.

Ia bukan sahaja satu pencapaian peribadi, tetapi juga bukti kerja keras dan kreativiti seluruh pasukan saya di Enfiniti. Kami sentiasa mencurahkan sepenuh hati dan jiwa untuk mencipta pengalaman yang membawa orang ke dunia lain, sama ada di pentas, acara langsung atau di resort.

Melihat usaha ini diiktiraf di peringkat besar adalah sangat memuaskan. Ia memberi kami motivasi untuk bermimpi lebih besar untuk mencipta sesuatu di luar jangkaan kami.

Kebanyakan orang mengenali anda sebagai seorang penghibur luar biasa, tetapi Tiara Jacquelina juga merupakan ahli perniagaan. Boleh ceritakan lebih lanjut?

Oh, sudah tentu! Menjadi seorang usahawan adalah impian saya sejak kecil. Walaupun sangat menggemari aspek kreatif, ada banyak pemikiran perniagaan di sebalik setiap projek yang dijalankan.

Ia mengenai keseimbangan antara visi kreatif dengan strategi perniagaan praktikal. Bermula daripada konsep idea hingga pelaksanaannya, sambil memerhatikan trend pasaran, kewangan dan menerapkan kreativiti dalam penyelesaian masalah.

Ia seperti bermain permainan pelbagai aspek yang mana seni bertemu dengan komersial.

Snapinsta.app_401891697_738476494788729_6331859875133175799_n_1080

Tiara (belakang, empat dari kanan) bersama pasukan Enfiniti.

Anda memulakan perniagaan pertama pada usia 18 tahun semasa masih belajar. Bagaimana latar belakang itu membentuk pendekatan anda dalam industri hiburan?

Ia adalah satu pengembaraan! Sebenarnya, saya dan rakan kongsi pertama, Jennifer Ong, memulakan syarikat RM2 pertama kami, yakni agensi pencarian bakat bernama Jacquie Eu Productions, ketika menyambung jurusan perniagaan di KDU College University.

Idea saya ketika itu adalah untuk memahami subjek yang kami pelajari seperti ekonomi, undang-undang perniagaan, kos, statistik dan perakaunan. Betapa seronoknya menjadi muda, berani dan penuh keyakinan.

Jadi, di situ kami dua pelajar muda pergi ke pejabat agensi pengiklanan terkemuka, Leo Burnett dengan matlamat berani untuk kononnya menyediakan perkhidmatan yang akan mengubah industri pengiklanan.

Itu membawa kepada usaha pertama saya, yang berkembang menjadi pertunjukan tarian dan komedi bernama The Kit Kat Klub Show.

Ia kemudian berkembang menjadi syarikat pengurusan acara, penerbitan filem dan televisyen, teater muzikal, Akademi Enfiniti dan kini memberikan pengalaman yang mengasyikkan.

Ilmu perniagaan yang dipelajari sebelum ini amat membantu kepada pendekatan saya. Ia mengajar saya untuk berfikir secara strategik, memahami dinamik pasaran dan membuat keputusan yang mengimbangi kreativiti dengan keuntungan.

Kongsikan dengan kami bagaimana minat awal anda dalam perniagaan bermula.

Sebagai seorang kanak-kanak, saya sentiasa tertarik dengan cara perniagaan berfungsi, kegembiraan membuat keputusan, mencipta sesuatu yang bernilai.

Pada awal kerjaya dalam lakonan, saya menyedari bahawa orang yang benar-benar membuat keputusan bukanlah orang di depan atau belakang kamera, ia adalah penerbit.

Jadi, itu adalah matlamat segera saya, menjadi penerbit sendiri, menghasilkan filem yang saya ingin buat dan mengupah orang yang saya ingin bekerjasama.

Mungkin darah itu mengalir dalam diri, melihat ahli keluarga terutama nenek saya mengemudi dunia perniagaan dengan penuh keanggunan dan kecerdasan.

Ia memberi inspirasi kepada saya sejak kecil untuk melihat dia memimpin dengan begitu hebat.

Puan Sri Tiara Jacquelina during the Raya in the Rain Forest at Tiarasa Escapes Glamping Resort Janda Baik, Pahang.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Bagi Tiara, pemikiran keusahawanan adalah sebahagian daripada dirinya yang sentiasa aktif.

Mengenai nenek anda, saya melihat catatan LinkedIn anda tentang bagaimana beliau membentuk pandangan anda tentang wanita dalam perniagaan. Boleh anda kongsikan lebih lanjut tentang pengaruhnya?

Nana (panggilan kepada nenek) adalah seorang wanita yang luar biasa. Melihat dirinya mengetuai perniagaan keluarga kami di Pelabuhan Swettenham, memimpin dengan keanggunan dan autoriti, benar-benar meninggalkan kesan mendalam pada saya.

Gabungan ketegasan dan kelembutan Nana dalam kepimpinan sangat menginspirasikan saya.

Bolehkah anda jelaskan bagaimana pengalaman harian mempengaruhi pendekatan anda terhadap keusahawanan dan penjanaan idea perniagaan?

Pemikiran keusahawanan adalah sebahagian daripada diri saya yang sentiasa aktif!

Setiap kali saya menemui sesuatu yang luar biasa, sama ada filem yang menarik, muzikal yang memikat, resort yang 'menggoda' atau konsep perniagaan inovatif, ia pasti mencetuskan semangat keusahawanan saya.

Pengalaman ini secara tidak langsung menggerakkan minda saya, membangkitkan pelbagai idea perniagaan yang kreatif dan memberi inspirasi untuk merenungkan usaha baharu. — The Star/WONG CHUN WAI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram