Lepas 4 bulan bercerai, Nora Ariffin kembali rujuk bersama suami


  • Hiburan
  • Isnin, 25 Nov 2024

Datuk Nora Ariffin sah kembali rujuk bersama suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pada Isnin.

PENYANYI, Datuk Nora Ariffin, 51, meluahkan rasa syukur usai selamat menjalani proses rujuk semula dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.

Jelas pelantun suara Secebis Harapan itu, dia sangat bersyukur kerana segalanya dipermudahkan dan menganggap setiap yang berlaku bersebab.

BACA LAGI: Raih '1st class degree', Fizo Omar saksi perjuangan isteri berpantang sambil belajar sejak timang anak sulung

BACA LAGI: Pelakon suara Sang Tupai siap pergi zoo tiru pergerakan haiwan, jayakan filem Dongeng: Sang Kancil

"Segala yang berlaku ada hikmahnya dan apabila perkara tidak baik terjadi kita boleh lihat sikap sebenar seseorang itu.

"Kadang kala kita perlu melihat diri sendiri melalui proses muhasabah diri. Terima kasih ALLAH untuk segalanya.

"Apa sahaja baik atau buruk, hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita," katanya menerusi hantaran Instagram.

Terdahulu, Nora sah cerai talak satu menerusi rakaman video dibuat suaminya pada 12 Ogos lalu.

Bakal mengadakan konsert pada 18 Disember depan, kemunculan penyanyi kelahiran Kelantan itu merupakan penampilan kali pertamanya di pentas solo sejak 30 tahun dalam industri.

Istimewanya juga, satu segmen khas 'Tribute to Johan Nawawi' akan diadakan pada konsert berkenaan sebagai penghormatan kepada Allahyarham yang menjadi tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora sebagai penyanyi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram