Bukan lagi Black Adam, kelibat Dwayne Johnson berlakon Moana versi 'live action' jawab spekulasi peminat


  • Hiburan
  • Isnin, 25 Nov 2024

Dwayne Johnson bakal muncul menerusi filem Moana versi 'live action' tidak lama lagi

BERTUBUH sasa dan berperwatakan tegas di layar perak, pelakon popular Hollywood Dwayne Johnson, 52, atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ dilaporkan bakal membintangi filem animasi Moana secara ‘live action’ tidak lama lagi.

Terkenal dengan watak adiwira The Black Adam, hal itu terbongkar susulan beberapa foto tular Dwayne sedang melakonkan salah satu babak filem adaptasi animasi popular tersebut.

Tidak diumumkan secara rasmi, peminat naskhah fantasi muzikal terbitan Walt Disney Co itu secara senyap-senyap berkongsi foto tular berkenaan yang kemudiannya mencetuskan spekulasi di laman sosial baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Tewas tipis kepada juara dunia, Speed serius mahu wakili AS ke Olimpik 2028

BACA LAGI: Tonton lakonan sejak kecil, Meghan Trainor rupanya berkahwin dengan hero Spy Kids

Masih mengekalkan penampilan sama dalam animasi 2016 itu, Dwayne dilihat tidak berbaju dan berimej rambut panjang menyerupai watak utamanya, Maui.

Merupakan pelakon latar suara bagi watak itu sebelum ini, peranan bekas ahli gusti itu sebagai Maui cukup ikonik dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan versi live action tersebut kelak.

Memegang watak sebagai Maui yang berasal dari kepulauan orang asli Polinesia, kemunculan Dwayne menerusi naskhah itu diyakini mampu membawa pembaharuan terhadap industri perfileman animasi Amerika Syarikat (AS) itu ke lembaran baharu.

Manakan tidak, pengaruh besar dimiliki bintang popular itu cukup besar dengan jumlah pengikut di laman Instagram sahaja sudah mencapai 394 juta di samping 63 buah filem Hollywood pernah dilakonkan bapa kepada tiga orang anak itu sejak 2001 menerusi The Mummy Returns.

OTMyYjg1ZGJhMmZhZDdhOWYzMTQ3YWE5Yg==.thumb

Dwayne merupakan ahli gusti profesional di awal pembabitannya dalam dunia seni AS.

Lebih menarik apabila bekas ahli gusti profesional itu buat julung kalinya dikatakan bakal menyanyi dan menyampaikan beberapa buah lagu dalam Moana.

Terdahulu, Dwayne berkongsi berkaitan hal itu di laman Instagram peribadinya pada tahun lalu namun ketika itu ia difahamkan masih diperingkat perbincangan awal dengan ia belum disahkan syarikat produksi tersebut.

Untuk rekod, Moana merupakan filem animasi fantasi-muzikal terbitan Walt Disney Co pada 2016 yang bertemakan penggembaraan.

Naskhah tersebut antara filem pecah panggung yang berjaya mengutip keuntungan melebihi AS$600 juta (RM2 bilion) di seluruh dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram