Langkah berani Mafidz selepas 6 tahun, lagu Tenteram jadi pilihan kolaborasi bersama Salammusik


  • Hiburan
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Kumpulan Mafidz menampilkan sisi muzik berbeza menerusi album keduanya berjudul Teleportasi.

KUMPULAN folk-pop popular tempatan, Mafidz mengambil langkah berani mempertaruhkan 'Teleportasi' selepas kali terakhir menerbitkan album pertamanya pada 2018.

Berbeza dengan album terdahulu, karya agung tiga beradik itu mengetengahkan sisi baharu muzik dengan pelbagai variasi menarik yang mampu membawa pendengar menghayati setiap melodi dimainkan.

Memiliki 11 lagu di dalam album tersebut, gandingan bersama Salammusik menerusi lagu Tenteram menjadi pilihan salah seorang ahli kugiran ini yang menganggap ia sebagai karya paling istimewa.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Datang untuk nyanyi je', Ernie Zakri tak sangka lagu Masing Masing rangkul anugerah di Indonesia

BACA LAGI: 'Tak salah belajar dengan orang muda', Rahmad Mega kagum bakat BBNU, minat gila Haqiem Rusli

Megat Fazly, 25, menjelaskan, perbezaan album kedua kali ini dengan yang terdahulu adalah, ia dihasilkan bersama ketiga-tiga adik beradiknya di samping kolaborasi bersama kugiran Salammusik.

"Kalau tanya saya, pilihan lagu yang paling bagus dalam album kali ini ialah Tenteram, uniknya ia dicampur dengan keunikan melodi daripada kumpulan Salammusik.

"Konsep penceritaan dalam lagu ini kita nak bawa pendengar semua untuk hilangkan tekanan dan buang ego diri sejauh mungkin, masyarakat hanya buang masa kalau ada di posisi yang tak tenang.

"Lirik rangkap pertama mengajak orang ramai untuk melepaskan segala masalah hidup, tenteramkan minda dan jalani kehidupan seperti manusia," katanya kepada Majoriti.

Ketika ditanya soal hala tuju karier seni kumpulan Mafidz, Megat mewakili kumpulannya menjelaskan masih mahu terus berkarya dan mendapatkan kepercayaan daripada pendengar tempatan mahupun rantau Asia Tenggara.

6194942076655877974 (1)

Megat Fazly (tengah) merupakan salah seorang vokalis Mafidz.

Enggan terburu-buru melangkah ke industri arus perdana, Mafidz lebih selesa bermain muzik secara bawah tanah di samping ikatan persahabatan yang terjalin bersama peminatnya.

"Kami tak terburu-buru untuk dikenali meluas di platform arus perdana, tapi tak menolak kalau ada rezeki untuk lebih dikenali, apa salahnya.

"Sekarang kami masih bergiat aktif mengadakan showcase album Teleportasi dan syukur ia diterima baik semua pendengar.

"Untuk sasaran bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) ataupun mengikut jejak macam Noh (Hujan) atau artis underground lain yang popular," katanya.

Lahir daripada keluarga yang meminati seni, Mafidz terdiri daripada tiga beradik iaitu Megat Hafidz (vokal), Megat Fazly (vokal, piano) dan Megat Aizzat (vokal, gitar) dan kini menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram