SINONIM dalam kalangan lelaki, permainan bola sepak dianggap sebagai sukan yang mampu menyatukan masyarakat tanpa mengambil kira perbezaan kaum mahupun asal usul seseorang.
Lebih menarik, ketibaan musim Piala Dunia ataupun mana-mana kejohanan antarabangsa sentiasa disambut baik setiap individu walaupun terdiri daripada fans pasukan berlainan.
Sama ada di stadium mahupun depan kaca televisyen, peminat sentiasa bersatu hati menyokong pasukan kegemaran masing-masing dengan semangat kesukanan tinggi tanpa menghiraukan sentimen provokasi ataupun perpecahan.
BACA LAGI: Kekal imej bertanjak, Shaukat sudah sebelah kaki ke pentas WWE
Liga UCL merupakan antara kejohanan bola sepak tumpuan dunia.
Dalam pada itu, peminat bola sepak pastinya tidak asing dengan lagu tema Liga Juara-Juara UEFA (UCL) yang sememangnya sinonim dalam mana-mana aksi pembukaan perlawanan bola sepak peringkat Eropah.
Lagu 'berhantu' itu dicipta oleh komposer tersohor United Kingdom (UK), Tony Britten dan dinyanyikan oleh kumpulan orkestra Academy of Saint Martin dari London, England.
Menggabungkan tiga bahasa iaitu Perancis, Inggeris dan Jerman, melodinya dihasilkan mengikut rentak kurun ke-18 Eropah.
Sejarah pembentukan lagu itu terhasil apabila Tony Britten ditugaskan untuk menulis lagu tema kejohanan UCL pada 1992 dan mengambil inspirasi daripada keunikan suara penyanyi opera terkemuka Jerman, George Frideric Handel.
Menurut laporan Agensi, lagu tersebut tercipta secara kebetulan apabila sebuah stesen radio UK, Classic FM yang baharu dilancarkan, telah memainkan lagu siaran pertamanya iaitu Zadok the Priest.
Merupakan lagu orkestra filharmonik diraja, ia banyak dimainkan pada majlis tertutup dan pertabalan raja selain turut diiktiraf sebagai lagu patriotik British.
Mengekalkan konsep orkestra pada lagu tersebut, Britten kemudiannya merombak dan menambah baik muzik itu daripada gubahan asalnya yang ketika itu berbunyi terlampau patriotik.
Menggabungkan elemen bola sepak dalam karya berdurasi tiga minit, lagu tema UCL itu menggunakan tiga bahasa tersebut sebagai lirik utama yang membawa maksud bola sepak sebagai sukan paling hebat.
Meraih perkongsian ramai di laman sosial, lagu tema itu dimuat naik seorang pengguna Facebook baru-baru ini dan kembali menjadi bualan ramai.
Berikut merupakan terjemahan maksud sebenar lagu berkenaan dalam bahasa Inggeris.
They are the best teams
They are the best teams
The main event
The master
The best
The great teams
The champions
A big meeting
A great sporting event
The main event
The master
The best
The great teams
The champions
They are the best
They are the best
These are the champions
The master
The best
The champions
Lebih tiga dekad berlalu, karya Tony Britton itu masih dikekalkan dan menjadi lagu tema bagi setiap perlawanan UCL di samping turut menjadi siulan peminat bola sepak di serata dunia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram