Pembesaran sekolah di Kampung Temu, Sibu dijangka siap 1.39 peratus lebih awal


  • Primer
  • Khamis, 14 Nov 2024

Aidel (kanan) bersama Dr Annuar (tengah) melawat tapak tersebut.

KERJA - kerja pembesaran sekolah di Kampung Temu, Sibu, Sarawak dijadulkan siap lebih awal daripada jadual, kata Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan negeri, Datuk Aidel Lariwoo.

Menurut beliau, jika momentum dikekalkan, projek SK Kampung Bahagia Jaya boleh disiapkan lebih awal daripada jangkaan.

"Projek itu melibatkan menambah satu lagi blok bilik darjah dengan enam bilik untuk menampung bilangan murid yang ramai.

BACA LAGI: Single pertama sebagai Biduanita negara, Siti Nurhaliza abadikan perjalanan seni menerusi 'Sejarah'

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Altis putih terlibat langgar lari sebelum rempuh 2 penunggang motor — Polis Kerian

"Setakat ini, projek tersebut 1.39% lebih awal daripada jadual," katanya di tapak projek.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Annuar Rapaee berkata, projek itu tepat pada masanya.

"Sekolah ini sudah berada di sini sejak sekian lama dan bilangan penduduk semakin bertambah.

"Perkampungan ini dahulunya kecil tanpa pembangunan.

"Ia telah berkembang dengan jayanya, maka sudah tiba masa kita membesarkan sekolah itu.

"Sekiranya ia boleh disiapkan lebih awal daripada jadual, ia adalah sangat baik kerana sekolah sedia ada sudah agak sempit," katanya.

Dr Annuar menegaskan spesifikasi bangunan mengambil kira keadaan tanah bagi mengelakkan isu seperti tenggelam.

“Kami sedia maklum keadaan tanah di Kampung Teku tidak begitu baik dan itu sesuatu yang di luar kawalan kami.

“Tetapi semoga keadaan akan bertambah baik selepas projek ini,” tambahnya.

Kerja projek itu bermula pada Julai tahun ini dan ia dijadualkan siap dalam 22 bulan. — The Star/ANDY CHUA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram